Tak di nafikan bakar ikan guna arang memang sedap...tapi berkecah dapur dibuatnya..dek sebab teringin nak makan kenalah merajinkan diri.
Bahan-bahan utama
- 1kg ikan kembung
- se keping ikan pari di potong 3
Bahan-bahan lain
- 2 senduk cili kisar
- 5 biji bawang kecil*
- 4 biji bawang putih*
- 1 biji bawang besar*
- 5 batang serai*
- 1 1/2 inci halia*
- 1 1/2 inci kunyit hidup*
- 3-4 sudu makan gula castor (ikut rasa tekak masing-masing)
- garam secukupnya
- 2 biji limau kasturi-ambil jus
- minyak dan daun pisang
- sedikit perisa masakan
tempat pembakaran dah berlubang terpaksa guna alternatif..
guna pasu bunga yang lebar pastu guna jaring oven punya...kreatif tak?
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak bahan kisar dan masukkan pulak cili kisar hingga terbit minyak.
2. Kacau sehingga rata dan masukkan perisa makanan, gula dan garam. Rasa cukup asam garam terus tutup api pastu perah asam limau.
3. Masukkan dalam periuk biarkan sejuk.
4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
5. Biarkan sebentar baru di cuci bersih dan toskan.
6. Perap ikan bersama bahan kisar dalam 1/2 jam baru di bakar ..masa ni bolehlah hidupkan arang.
7. Letak daun pisang pastu buh sambal, bila dah masak sebelum balikkan letak lagi sambal di bawah daun pisang sehingga ikan masak. Ulangi sampai habis
makan dengan kicap campur bawang merah dan cili merah di potong dadu , cili api dihiris dan di perah dengan jus limau kasturi..makan pula dengan nasi panas..fuhhhh
dah alang kepalang salai sekali ikan keli ..senang nak masak lemak..lepas habis pembakaran pasu bunga pun retak...alahai kena cari pembakar yang baru lepas ni.
11 comments
wahhhh .. sedap ni kak. buleh ler ella cuba.
by kakchik@ella on 30 November 2011 4:51 PTG. #
Ikan bakar mabeles
by Peri PiA on 30 November 2011 5:01 PTG. #
best nyer
by pB on 30 November 2011 5:32 PTG. #
kak ina...sedap nyer ikan bakar.kite kalau makan ikan bakar n cicah sos dia pon dah rasa sedap sngat..
by Cik FaRiZaM on 30 November 2011 6:12 PTG. #
sedapnyer....saye mampu goreng mi siput je hehehe
by Mohd Sukur Ibrahim on 30 November 2011 7:24 PTG. #
memang sangat kreatif....puas hati ye dapat makan ikan bakar...nampak sedap sangat!
by Amie on 30 November 2011 8:02 PTG. #
cedapnya kak... rasanya dah sampai kat tekak saya ni.. hehhe
by aku ekynn on 30 November 2011 8:10 PTG. #
resepi ni kena cuba ni.. :)
by Pharmalif on 30 November 2011 8:20 PTG. #
ada ikan bakar xyah ada lauk lain dah.
by !! YaNa YassiN !! on 30 November 2011 9:45 PTG. #
sama la tekak nie pun dah gatal nak makan ikan bakar. ajak gak wife nak ke jeram, kuala selangor
by eelobor on 30 November 2011 10:19 PTG. #
aisehh pagi2 dah tgk makanan kat sini kecur liur jadinya..minta skit kak ina hehe..
by far_east on 1 Disember 2011 8:32 PG. #
Catat Ulasan