Sabtu, Disember 17, 2011

Leganya Bila Ada Tiger Balm Plaster Di Rumah

48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY

Sebagai seorang wanita dan seorang suri rumah tangga melakukan kerja-kerja mengemas rumah, menyapu, membuang habuk dan mengemop lantai memang menjadi rutin dalam hidup akak.
Bila dah melakukan kerja yang sebegini, memang terasa penat, berasa sengal sendi, tegang di bahagian leher dan kedua belah bahu serta kadangkala terasa sakit pinggang.
Jadi akak gunakan Tiger Balm Plaster Cool yang mana ianya boleh memberikan kelegaan jika merasa sakit di bahagian otot, merasa tegang di leher dan bahu, lebam, salah urat, sakit tulang belakang dan radang sendi.
Anak akak Firdaus pun menggunakannya Tiger Balm Plaster sebab dia yang jadi driver akak bila akak pergi ke mana-mana. Kat Kuala Lumpur kalau bawa kereta, jalan sesak adalah perkara biasa.


Bila terlalu lama memandu memang merasa penat dan terasa sengal-sengal di bahu dan di belakang badan.
Sungguh nyaman rasanya bila tampal di bahagian belakang badan dan lain-lain anggota badan sebab Tiger Balm Plaster ini ada formula unik yang boleh memberikan rasa lega berterusan untuk sakit otot.

Selalunya bila nak tampal di belakang badan akak suka gunakan yang LARGE/BESAR  sebab senang nak tampal di bahagian tersebut. Harganya cuma RM6.80 sahaja dan dalam paket tu ada 2 keping.  
Kalau nak tampal kat bahu akak akan beli yang SMALL/KECIL  yang berharga   cuma RM5.20 ada 2 keping jadi agak senang nak tampal di kedua belah bahu. Bila dah tampal akak suka dengan bau Tiger Balm Plaster ini.

7 ulasan:

  1. Selalu lepas main, sakit-sakit biar je.. tak suka bau balm ni..hehe

    BalasPadam
  2. Thanks for a nice post you have given to us with such an large collection of information. Great work you have done by sharing them to all.

    BalasPadam
  3. tak pernah pakai lagi kalau yang balmtu baru pakai tadi.... sedap yerk.... bolehler cuba...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak Ina

    pernah pakai juga

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Baru-baru ini isteri mengalami masalah lenguh-lenguh bahu tampal dengan koyok tapi bukan daripada jenama Tiger Balm.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers