OOO

Isnin, Disember 05, 2011

Marilah Membaca

Ishhh 2 hari tak update blog ek..salah satu sebab mood merudum pastu  sibuk ke sana sini hari Sabtu dan Ahad. Nak jawab komen sambil blog walking pun malas..entah kenapa..

Cuti sekolah ni ramai yang buat kenduri kan, petang Sabtu ke Nilai sebab adik ipar buat kenduri.  Semalam sampai rumah dah petang..penat malas nak berblog.


Brian Tracy pernah menulis dalam bukunya, "membaca selama setengah jam sehari dapat menambah ilmu dan membaiki kelemahan diri."

Akak pula suka membaca suratkhabar, novel dan sekarang ni baca di blog dan internet. Orang kata jika suka membaca memang boleh membuka minda dan menambah ilmu pengetahuan.
Akak memang menggalakkan anak-anak membaca walaupun buku komik.  Dorang beli buku kat kedai buku yang terdapat di Ampang Points sementara nak tunggu suami akak buat check up kat Hospital berhampiran. 
Sebelum tu kami puas menjelajah setiap ruang di sini, pastu lepak di kedai buku, beli barang kat pasaraya pun hb tak siap lagi. Nak tunggu dalam kereta nanti panas, jadi akak ajak anak-anak lepak kat sini dulu.
Athirah akak galakkan baca buku novel yang bahasa Inggeris yang senang di fahami dulu sebab dia kata kalau baca novel Harry Porter yang kakak dia belikan, dia banyak tak faham perkataan dalam novel tersebut.  

Akak dah suruh stand by kamus kat sebelah tapi dia malas nak cari perkataan yang dia tak tau maksudnya dalam kamus.
 
Tak perlah, pelan-pelanlah kan, sebab bukan senang nak suruh anak-anak membaca sekarang ni di sebabkan banyaknya permainan games di online dan di gadget.

8 ulasan:

  1. bagus kak..anak-anak sy pun suka membaca..tp yg perempuan saja..yg lelaki tu tak moooo...huhu

    BalasPadam
  2. Memang susah kak nak minta budak2 suruh membaca sekarang ni.. sebab sekrang lagi banyak main dari membaca..

    BalasPadam
  3. betoi.. betoi.. mesti rajin membaca ... akakpun cuba gak ngan budak2tu tak tauler nampak xcited tapi sekejapjerler...

    BalasPadam
  4. bagus la kak Ina ajak anak2 membaca,.. anak2 saya kalau p sopping complex memamng belikan buku dan saya bagi pen dalam h'bag, bio dia orang duduk dalam troli sambil melukis dan menulis,.. kekadang org lain syok tengok anak2 sy sibuk mengala dan menulis kat dalam troli tuu... latih anak biar dr kecik kan, lama2 alah bisa tegal biasa...

    BalasPadam
  5. baca komik pun bagus jugak~~saya pun dulu belajar membaca dari komik~he~~

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    lama dah tak bawa anak ke perpustakaan negara....

    Wassalam

    BalasPadam
  7. owh kak ina...aku merindui mu..ting tong!!!hikhik..anak2 akak dah besar2..dah bujang2 dan anak dara..sonoknyer laaa..sblm ni anak sorang kak ina..mmg x rase penat tu..bile dah branak 2 ni..adoiyai..stress,penat x abis2..tapi sonok besarkan anak2 ni..hehehe..keep in touch ye kak ina!!!mizzz uuu..muahhh

    BalasPadam
  8. pemupukan n dorongan dr parents tuh penting kan? bebudak yg suker membaca minda, pemikiran dan sikap depa advanced lagik...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers