OOO

Selasa, Januari 17, 2012

Durian Pancake (Kuih Dadar Durian) Yang Umphhhh


Berzaman dah orang buat durian pancake, akak baru teringin nak buat.  Memang sedap paduan whipped cream  dan durian..kalau buat lagi kena tambah whipped cream lagi untuk bagi sedap lagi.

Akak ambil dari blog AlongRoz@HomeKreation.


BAHAN-BAHAN KULIT: 
  • 250ml Susu Cair
  • 100g Tepung Gandum
  • 1/4 st Garam
  • 3 biji Telur
  • 1 sudu besar  Mentega Cair
  • 1 sudu besar Pes Pandan 

INTI KRIM DURIAN:

200ml Whipping Cream
(whipped)
10 ulas Isi Durian -(whipping  cream kena tambah lagi nak bagi sedap lain kali)

CARA-CARA:
1. Masukkan kesemua bahan2 kulit ke dlm blender & kisar sehingga sebati.
Tapis. (Akak biarkan 20 minit baru dadar)
2. Ambil sesenduk adunan & ratakan ke dlm kuali menjadi dadar nipis.(akak gunakan non stick pan kecil..sekali sekali buh minyak sikit)
Biarkan sehingga masak sebelum di angkat.
Buat semua sehingga habis.
3. Letak satu senduk  (akak letak satu sudu kecil whipping cream dulu baru letak isi durian)inti krim durian ke atas sekeping kulit & lipat seperti bantal.
Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
Buat sehingga habis.
4. Hidangkan segera atau di sejukkan dahulu. (Akak sejukkan 2 jam dalam petisejuk)

p/s nanti nak cairkan sikit adunan..nak bagi tipis sikit

13 ulasan:

  1. alaaa sedapnyee.. mcm kuih ketayap fav saya tuh.. dh la sy suka durian.. huwaaa.. sejuk2 manis2.. ermmm sedapnye... tp kan kak, nih first time tau sy dgr psl kuih nih.. mana la plak nk carik cis..

    btw nnti kalu akak free tgk2 la kt sini.. thks

    http://lalalandsale.blogspot.com/2012/01/answer-get-lucky.html

    BalasPadam
  2. sedapnya.huhu.pancake bahasa melayu kuih dadar eyk?baru tahu.huhu

    BalasPadam
  3. Saya penah makan ni di Sweet Chat. Tapi kuih dadar dia tak berapa mcm ketap sgt. Warna kuning dan nipis je. Sedap le jugak. Tapi yang kak ina punya ni mesti lagi sedap sebab guna durian fresh kan?

    BalasPadam
  4. sedap ke durian pancake ni? mcm kuih ketayap je.hehehe

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak Ina,tang inti tu tak boleh tahan ni,terliur! ummi nak cuba jugaklah nanti, insyaAllah.

    BalasPadam
  6. durian peberet saya ni..mesti sedap kan..nyum2..

    ni tq entri sebab mng ga aritu..

    http://www.ceritaindahkami.com/2012/01/permulaan-yang-memberangsangkan.html

    Tulun saya boleh? :Klik & LIKE kat sini..Thanks!

    BalasPadam
  7. fav saya adalah durian tp asben saya tak faham2 bahawasanya saya tak makan durian yg diproses kecuali tempoyak... serawa durian pun saya tak gemar

    BalasPadam
  8. aduss!! tentu sedap ni hehehehe

    BalasPadam
  9. pankek dah siap... jom kita makaaannn.. hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers