Dah pernah dengar dan baca kat blog-blog, ramai puas hati makan kat sini sebab banyak pilihan tapi hati tak terbuka nak gi. Bila hb tanya nak makan kat mana, anak-anak nak gi makan kat Restoran Seoul Garden dan kami gi kat KL Festival City ajer sebab dekat dengan rumah.
Makan-makan luar ni sebab nak meraikan kepulangan Russhdi dan Yana. Yana balik bercuti seminggu sahaja. Daging yang ada tulang..tak ada tulang dan ayam ada macam-macam bahan perapan.
Kononnya nak cuba masakan korea sebab akak dan anak pempuan semua peminat drama, movie dan lagu korea. Seronok makan kat sini sebab boleh makan dan minum macam-macam sebab banyak pilihan. Seoul Garden ni best sebab kita boleh makan style buffet dan boleh masak cara steambot dan grill
Pastu dorang rajin tambah kalau dah habis tak macam akak pergi satu tempat makan tu..kalau udang dan ketam habis dorang lambat tambah. Bila tambah ajer semua pakat serbu..menyampah kalau camtu.
Minuman pun ada macam-macam jenis..nak sejuk ataupun panas pun ada.
Kalau kaki makan memang tak rugi datang kat sini, tapi kalau perut kecik memang rugilah sebab makan sikit dah kenyang.
Yang tak best sebab kena duk pisah-pisah sebab meja family penuh. Tak happenning aaa duk pisah-pisah.
Russhdi ashiklah makan ikan sebab kata dia kat sana payah
nak jumpa ikan..jemu makan daging dan ayam (sebab ikan kat sana mahal
sungguh)
Akak ashik makan udang yang di rebus dalam sup tomyam dan daging grill.
Udang
dan ketam fresh tapi bila makan pepahat, kerang, kepah..rasa macam tak
fresh..tak sedaplah. Nasib baik ambil sikit ajer..bila dah rasa tak
sedap alamatnya buang ajerlah.
Pastu pekena air batu campur buatan sendiri..buh jagung, kacang merah, cincau, sagu banyak-banyak...pastu letak susu cair dan kacang tumbukbanyak-banyak...last sekali ambil lagi sekali akak letak ais krim 2 scoop..ha kauuuuu sendat perut dibuatnya
ada gak minum ais lemon tea dan mango jus...ada lagi tak ingatlah pulak
Suka pula makan bulgogi a sebab sedaplah pulak makan daging yang telah dimasak dan di gulung dalam helaian salad. Sebelum tu ada gak akak buat N3 pasal makan Bulgogi ni
Ada gak nasi goreng, bihun goreng..tapi aiseyman..bayar mahal takkan nak makan makanan yang selalu akak buat kat rumah. Baik layan benda-benda yang payah nak buat kat rumah.
Nak makan sayur dan macam-macam mee pun ada
Rasa happy sebab kali semua anak-anak dapat makan sama-sama..
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang Perut Senang Hati
Anak-anak akak kalau dah berkumpul semua ashiklah bergurau senda..macam kanak-manak ribena. Kami lepak agak lama..sampai dekat pukul 8.00 (lepas maghrib) sampai restoran nak tutup, rugi balik awal kannn..
Terima kasih kepada suami sebab sudi belanja...cam biasa sebut reramai...te...ri..ma..ka..sih..a..yah
FESTIVAL MALL
Lot G38, Ground Floor
KL Festival City
67, Jalan Taman IbuKota
Taman Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur
Korang leh tgk info kat SINI
p/s Total semuanya RM348.00 termasuk cukai...(untuk bawah berapa meter tah dpt separuh harga..sebab imran dah melepasi ketinggian itu..dia kena bayar penuh cam orang dewasa gak).
Wah boleh muflis kalau gi makan selalu.
Bagi akak agak mahal gak bila makan 7 orang sebab baik makan steak/western kot. Tapi suami dan anak-anak kata berbaloi sebab banyak pilihan..entahlah..
16 comments
Assalamualaikum Kak Ina
sesekali tak pa akak
janji anak2 suka
by atuk on 21 Januari 2012 1:00 PTG. #
pergh, sedapnye
by Rozuan Ismail on 21 Januari 2012 1:25 PTG. #
saya lama dah nak pi sini, dgr hari tu ada bukak baru dekat area sri gombak, tak tahu mana, ramai kawan puas hati pi sini, tapi xsampai lagi..tgk pilihan makanan memang terbaik ni..haiz bila nak gi....
by FasiHaH SupiaN on 21 Januari 2012 1:43 PTG. #
Salam.. Wah makan besar akak kali ni. Takpe kak, sesekali apa salahnya..
by Nur-nba on 21 Januari 2012 1:51 PTG. #
slalu jgk g seoul garden nie klau teringin nak mkn dging lps tgk citer korea..hehe..
by SyUhAdA on 21 Januari 2012 1:55 PTG. #
pergh...banyaknyer bleh makan...tp kalo saya yang pergi, sure rugi, sbb tak makan banyak...perut saya kecik, walau sumbat banyak, sure akan keluar balik....
by Cendana Kasih on 21 Januari 2012 2:51 PTG. #
mahai juge ek,hehe ha'ah emas sri pinang pon dah tutup
by Peri PiA on 21 Januari 2012 4:05 PTG. #
tengok cerita korea tu, makanan diorg sangat mengujakan..haha..tapi org kata kimchi yang nampak sedap tu, sebanarnya tak sedap pon, tak kena dgn tekak org Msia
by man yusoef on 21 Januari 2012 5:27 PTG. #
sy rasa penah lalu kt kl festival city nih.. belah sana mmg dh naik sesgt.. tak sangka sungguh..
penah mkn kat seoul garden nih tp bertahun yg lps.. terliur tgk kak ina mkn.. besh tuh mkn sekeluarga..
by Ely Hasrul on 21 Januari 2012 5:50 PTG. #
oooww..ni kat area platinum gak kan...bangunan baru kat2 ngan opis lama.mase keje dolu2 year 2010, masih dlm pembinaan..dah buka mase lalu last month..blom berkesempatan berjalan2 ke situ pasal dah jauh dari umah..hehe
by AkmaFaizal on 21 Januari 2012 6:23 PTG. #
Wah! enjoy... ;)
by ShashaCahaya on 21 Januari 2012 10:44 PTG. #
bahagia sungguh bila lengkap berkumpul macam neh kan, kak? wah! Imran dh pandai posing. Ira plaks makin beso makin ayu gitu...ehheheheh... sy pon ajar Imran Zamir ucapkan penghargaan buat abah or mamanya juga bila dapat apa2. kne biasakan btui x, kak? fikiran kita byk yg sama, psl byk yg akak ckp tuh sy mmg setuju. rm3++ tuh mmg mahal tapi kalo tukang belanja ckp ok, beyehlerrr...heheehhehe
by akuzle ayu on 22 Januari 2012 4:03 PG. #
wahhhh..meriahnya makanan tu..nyum nyum...
by Eryati on 22 Januari 2012 10:55 PG. #
saya pernah makan sekali kat sini masa dnegan company lame dulu.. best :)
by Em's Family on 22 Januari 2012 1:39 PTG. #
sesekali okey la kot kan.... tapi kalau yang jenis enjoy makan buffet mungkin puas hati laa
by hazman aka species1980 on 22 Januari 2012 7:10 PTG. #
hehe..
terima kasih ayah.. suka part ni.
by ohcikgu on 24 Januari 2012 4:12 PG. #
Catat Ulasan