OOO

Ahad, Januari 22, 2012

Mari Menggelim Karipap Kentang


Buat inti karipapnya semalam..patutnya buat minum petang...tapi disebabkan virus M datang ..akak simpan ajer inti dalam peti sejuk.

Inti Karipap
1kg ubi kentang-dadu
1 biji bawang besar-dadu
3 sudu besar kari daging-ikut suka
400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap)
1 stok ayam
1 biji bawang besar*
4 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan sedikit minyak

Cara-cara
Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)
Toskan.
Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
     Pagi tadi akak menggentel dan mengelim karipap.  Akak malas nak uli doh, akak masukkan ajer ke dalam food processor.  Mula-mula masukkan minyak dan putar, pastu baru masukkan air.

     Kulit Karipap
    1 kg tepung gandum
    4 sudu besar mentega/marjerin-akak guna marjerin dorina
    4 sudu besar minyak masak
    Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
      Cara-cara
      1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
      2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
      3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-
      cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
      4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
      Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap
      sekejap.
      5. Siap untuk di gunakan.

      Lepas dah gelek dan kelim bolehlah di goreng dengan api sederhana..tak leh guna api besar tau.  Pastu boleh di makan dengan air yang di sukai (takut tercekik)

      9 ulasan:

      1. pekena karipap homemade panas2 ni ngn kopi-o pon layan..

        BalasPadam
      2. yup betul tu hidang panas2 dgn kopi, memang best

        BalasPadam
      3. Sedapnya kalau dapat makan karipap panas2..

        BalasPadam
      4. nyesal baca sbb dh tingin ciss

        BalasPadam
      5. kulit karipap tu kalau nak licin pakai air sejuk dari peti ais kak... resipi belajar dari sekolah ni

        BalasPadam
      6. salam kenal kak ina..

        sedap sungguh karipap tu..baru je buat karipap inti daging..

        bab kelim tu mmg suke sgt..x sume orang ble buat...

        BalasPadam
      7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

        BalasPadam
      8. kalau sambal kentang dia sedap..tepungnya menjadi..memang sedap la karipap. dah lama tak buat karipap ni..hehe

        BalasPadam

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Google+ Followers