OOO

Memaparkan catatan dengan label kueh mueh melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kueh mueh melayu. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 16, 2012

Karipap Ala-Ala IKEA

Assalammualaikum dan selamat petang

Baru sempat nak update blog belah petang..pagi tadi ke Bandar Baru Bangi sebab nak jumpa 2 orang pemenang GA akak tempuh hari.  Pastu jumpa 2 orang lagi member blogger yang dah lama tak jumpa.  Terima kasih kepada  Ummiross sebab sudi belanja akak makan tengahari. 
Sape yang pernah ke IKEA mesti pernah rasa karipap IKEA yang di jual di sana.  Akak pun suka gak beli..kat situ satu karipap di jual RM1.00 tapi kalau beli 5 dapat free satu..kalau tak silap.  

Nilah karipap IKEA. Karipap tu macam karipap biasa tapi ada letak potongan telur rebus.

Akak pun bervangan nak buat karipap ala-ala IKEA minggu lepas. Bila dah letak potongan telur kenalah buat doh  besar sikit dari biasa.


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar mentega/marjerin

2 sudu besar minyak masak

Air masak suam  bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)


Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

  akak sekarang ni jarang terap bulat-bulat..ambik doh..gentel bulat terus di canai ...tak kuasa nak terap lagi dah..
Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 2 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
  • 4 biji telur rebus-dipotong kecil
 
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh). Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan potongan telur rebus kemudian klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu

Khamis, Mac 22, 2012

Apam Pisang Yang Lembutttttttttttttt


Pertama kali buat apam pisang, alhamdulliah jadilah pulak.  Akak buat petang semalam.  Resepi di ambil dari blog MAT GEBU akak gunakan acuan buat kueh apam putri ayu. 
  
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang-tak letak
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung 

 1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...
 
Makan panas-panas pun sodappp

Ahad, Januari 22, 2012

Mari Menggelim Karipap Kentang


Buat inti karipapnya semalam..patutnya buat minum petang...tapi disebabkan virus M datang ..akak simpan ajer inti dalam peti sejuk.

Inti Karipap
1kg ubi kentang-dadu
1 biji bawang besar-dadu
3 sudu besar kari daging-ikut suka
400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap)
1 stok ayam
1 biji bawang besar*
4 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan sedikit minyak

Cara-cara
Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)
Toskan.
Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
     Pagi tadi akak menggentel dan mengelim karipap.  Akak malas nak uli doh, akak masukkan ajer ke dalam food processor.  Mula-mula masukkan minyak dan putar, pastu baru masukkan air.

     Kulit Karipap
    1 kg tepung gandum
    4 sudu besar mentega/marjerin-akak guna marjerin dorina
    4 sudu besar minyak masak
    Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
      Cara-cara
      1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
      2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
      3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-
      cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
      4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
      Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap
      sekejap.
      5. Siap untuk di gunakan.

      Lepas dah gelek dan kelim bolehlah di goreng dengan api sederhana..tak leh guna api besar tau.  Pastu boleh di makan dengan air yang di sukai (takut tercekik)

      Khamis, Mac 03, 2011

      Resepi Cucur Maggi

      Akak ambil resepi ni kat Majalah Rasa bulan Mac 2011. Ikut resepi asal tak guna tepung gandum pun. Cuma guna tepung jagung. Macam pelik ajer tenguknya langsung akak masukkan tepung gandum. Pastu akak guna ikan bilis tak guna daging kisar.

      Suka hatilah kan nak letak apa pun janji boleh makan. Imran sukalah pulak makan cucur maggi ni.

      Bahan-bahan
      1 paket mi maggi kari
      4 biji bawang merah-ditumbuk
      2 tangkai daun bawang-hiris halus
      sedikit ikan bilis-tumbuk
      1 biji telur
      2 cawan tepung gandum-agak-agak
      2 sudu besar tepung jagung
      garam secukupnya
      Air suam secukupnya
      Minyak untuk menggoreng

      Cara Memasak
      1. Rebus mi maggi dan toskan.
      2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung gandum, tepung jagung bersama ikan bilis, bawang kecil yang telah di tumbuk dan daun bawang.
      3. Masukkan perencah maggi, maggi dan masukkan air suam yang bercampur garam dan kacau adunan macam nak buat jemput-jemput.
      4. Akhir sekali masukkan telur dan goreng dalam minyak sederhana panas.
      5. Sedap di makan bersama lebihan sambal, kari ataupun cili sos.

      Rabu, November 19, 2008

      Resepi Kuih Bakar


      Best kuih bakar ni.........walaupun di masak tak macam orang dahulu.....tak kisahlah....rasanya kat rumah ni kalau buat........ insyallah habis..........setelah di selongkar terjumpalah pulak bekas acuan kuih bakar dari tembaga yang akak beli di kelantan dah lama dah.....ada 2..satu yang besar dan satu lagi yang kecil.........suami akak suruh cuba masak dalam acuan yang kecil dulu..... .........lepas di basuh dengan asam jawa dan di masak dengan minyak hingga mendidih barulah akak berani nak cuba buat kuih dalam adunan ni.... nasib baik jadi walaupun di bakar dalam oven...............cara nak membuatnya memang senang........resepi ni dari joayee my resepi...........

      Bahan-Bahan

      1. 2 cawan tepung gandum
      2. 1 cawan gula
      3. 3 biji telur

      4. 2 1/4 cawan santan (1 can santan-450ml)
      5. 1 cawan jus pandan (air di campur dengan pes pandan)
      6. 2 susu makan mentega
      /minyak
      7. 1/2 sudu teh garam
      8. 3 titik pewarna hijau
      9. bijan


      Cara-cara

      1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
      2. Masukkan 2 sudu minyak/mentega kedalam loyang.
      3. Panaskan oven 180C danb bila minyak/mentega dah panas masukkan adunan tadi.
      4. Bakarlah selama 1 jam. Kalau nak garing bakar lama sikit.

      Bila dah masak kuih akan turun semula.
      Ni yang dalam loyang. Bila dah masak dalam acuan tu.....suami tak bagi makan dulu...nanti keracunan katanya.............akak ingat nak ambil gambar aje...........rupanya balik dari hantar orang bertunang.........kuih dah habis...........dimakan oleh anak bujang 2 orang tu...nasib baik tak jadi apa-apa...........

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...