OOO

Isnin, Februari 06, 2012

Martabak Mesir

 penjual martabak di Restoran Sederhana
Kalau gi jejalan kat tempat orang, sudah semestinya kita nak cuba makanan yang unik yang tak ada kat sini kan.  Kalau nak ikutkan nafsu semua nak di cuba.

Bila dah gi jejalan reramai ni..masing-masing ada selera tersendiri kan..ada yang suka makan itu ..suka makan ini.  Kalau kita tak suka, orang lain suka.  Akak bangsa tak kisah..orang pelawa makan akak makan.  Kalau sedap makan banyak..tak sedap makan sekali udahlah kan.
 
Dorang tak beli martabak yang di jual depan Restoran Sederhana Bukit Tinggi tapi dorang beli kat penjaja jalanan di seberang jalan restoran tersebut.  Dorang kata kat sini lagi sedap.
(amboiii sukanyaa diaaaa bila akak kata nak msk dlm blog)
Terima kasih Kak Ngah anak Kak Ramlah yang memperkenalkan martabak mesir ni.  Akak ni kan suka menyibuk tenguk apakah yang diletak kat dalam..akak duk perati camner dorang buat.
Lebih kurang cam murtabak kat sini cuma dorang letak telur, daun bawang, bawang besar yang didau dan daging yang telah dimasak dengan rempah khas, daging pun agak banyak dalam satu martabak. Pastu masak cam biasa.
Malam pertama kami makan kat pekarangan bilik ajer sebab dah kenyang baru makan nasi.  Pastu setiap malam dorang beli pasal sesuai dengan tekak dorang.
Kat sini kita makan dengan kuah tapi kat sana dorang makan dengan kuah kicap yang ada cili api dan bawang holland yang di dadu. Ohhh akak tak cuba makan dengan kuah kicap ni..akak makan camtu ajer. Tak berani makan pedas-pedas takut perut meragam.
Yang paling sedap (bagi akaklah) yang di jual di Restoran Sederhana Masakan Padang di Padang. Nak beli bawa balik untuk bagi hb dan anak-anak rasa tapi duit rupiah dah tak dak. Dorang tak nak duit malaysialah pulak.  Erhmm nak buat camno kan..tak tertunailah hasrat di hati.


p/s erhmm kat Mesir ada ker jual martabak ek?

14 ulasan:

  1. tgk gambar mcm best...lain daripada lain

    BalasPadam
  2. macam sedap jer martabak tue...kak ina tak minta resepi ka?

    BalasPadam
  3. mmg sdp mkn murtabak nih..:)

    BalasPadam
  4. suka sangat murtabak esp bulan pose.. hehehe

    BalasPadam
  5. hhmmm... sedih je mata ni tengok.. sebab tak dapat rasa... mesti sedap kan.. tqs kak ina, nanti kalo sampai sana, mesti cari murtabak ni..

    BalasPadam
  6. mcm sedap je..lama x mkn murtabak..last hri tu time bulan pose..

    BalasPadam
  7. Nampak macam sedap murtabak ni. Makan sekeping confem kenyang.

    BalasPadam
  8. tebal murtabaknya tu kan?

    BalasPadam
  9. yup kak ada gak murtabak di mesir, tp mostly di niaga oleh org india yg berhijrah ke mesir...:)

    BalasPadam
  10. sedapnyer kak ina. teringin lak murtabak ni

    BalasPadam
  11. tengok cm sedap je.. tgh tunggu akak belanja la.. hahaha gurau kak ;p

    BalasPadam
  12. Sebenarnya nama Martabak/Murtabak ni asalnya dari perkataan Arab "Mutabbaq", bermaksud dilipat, dan memang ada dijual di negara2 Arab.

    BalasPadam
  13. macam sedap jer murtabak mesir ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers