OOO

Memaparkan catatan dengan label martabak mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label martabak mesir. Papar semua catatan

Isnin, Februari 06, 2012

Martabak Mesir

 penjual martabak di Restoran Sederhana
Kalau gi jejalan kat tempat orang, sudah semestinya kita nak cuba makanan yang unik yang tak ada kat sini kan.  Kalau nak ikutkan nafsu semua nak di cuba.

Bila dah gi jejalan reramai ni..masing-masing ada selera tersendiri kan..ada yang suka makan itu ..suka makan ini.  Kalau kita tak suka, orang lain suka.  Akak bangsa tak kisah..orang pelawa makan akak makan.  Kalau sedap makan banyak..tak sedap makan sekali udahlah kan.
 
Dorang tak beli martabak yang di jual depan Restoran Sederhana Bukit Tinggi tapi dorang beli kat penjaja jalanan di seberang jalan restoran tersebut.  Dorang kata kat sini lagi sedap.
(amboiii sukanyaa diaaaa bila akak kata nak msk dlm blog)
Terima kasih Kak Ngah anak Kak Ramlah yang memperkenalkan martabak mesir ni.  Akak ni kan suka menyibuk tenguk apakah yang diletak kat dalam..akak duk perati camner dorang buat.
Lebih kurang cam murtabak kat sini cuma dorang letak telur, daun bawang, bawang besar yang didau dan daging yang telah dimasak dengan rempah khas, daging pun agak banyak dalam satu martabak. Pastu masak cam biasa.
Malam pertama kami makan kat pekarangan bilik ajer sebab dah kenyang baru makan nasi.  Pastu setiap malam dorang beli pasal sesuai dengan tekak dorang.
Kat sini kita makan dengan kuah tapi kat sana dorang makan dengan kuah kicap yang ada cili api dan bawang holland yang di dadu. Ohhh akak tak cuba makan dengan kuah kicap ni..akak makan camtu ajer. Tak berani makan pedas-pedas takut perut meragam.
Yang paling sedap (bagi akaklah) yang di jual di Restoran Sederhana Masakan Padang di Padang. Nak beli bawa balik untuk bagi hb dan anak-anak rasa tapi duit rupiah dah tak dak. Dorang tak nak duit malaysialah pulak.  Erhmm nak buat camno kan..tak tertunailah hasrat di hati.


p/s erhmm kat Mesir ada ker jual martabak ek?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...