OOO

Ahad, Februari 26, 2012

Ada Yang Ada Di Pantai Bagan Lalang

First time pergi ke Pantai Bagan Lalang..tak sangka jauh gak dari rumah akak.   Nak hilangkan rasa bosan bila cuti. Imran dah lama tak mandi laut.  Bila sampai wah ramainya orang sedang berkelah.  

Kami sampai dah dekat pukul 2.00 petang.  Air pun tengah surut...dari kejauhan tersergam indah hotel 5 bintang Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa
 Air kat sini taklah bersih sangat..Imran pakai baju putih..dia tak sabar nak gi mandi laut.  Bila naik mak datuk baju dah bertukar warna..erhmmm x berapa bersih ek airnya.  Budak ni bukan kira air bersih atau tidak..janji dapat mandi manda.

Seronok tenguk kanak-kanak berlarian di tepi pantai sambil main layang-layang.
kredit : google
Inilah rupa  Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa hotel 5 bintang di ambil dari google.  Wah bestnya kalau dapat bermalam kat sini.
 kredit : google
Selain tu ada  Seri Malaysia Bagan Lalang Sepang..harga taklah mahal sangat. Nanti boleh cuba tidur semalam kat sini kalau ada rezeki
Sempat makan bekalan yang di bawa.  Tak lama hujan turun..kelam kabut berkemas, Firdaus dan Ira (yang tak sempat mandi  laut) cari Imran yang tengah mandi manda dalam hujan..risau takut apa-apa terjadi kat dia.  

Terus balik..tak sempat nak ambil gambar sekitar Pantai Bagan Lalang ni..aduhaii. Bila nak keluar jalan jem sebab boleh dikatakan ramai yang pulang.  Bila hujan dah berhenti kami singgah minum dan beli ikan masin, pisang, ubi kayu dan nanas kat gerai tepi jalan.

Tak perlah anak-anak..nanti mak ayah ada rezeki kita gi mandi manda yer..

11 ulasan:

  1. boleh tahan la suasana kat situ.ramai jer kan orang mandi manda katsana:)) hotel yg 5 bintang tu pun cantik jer..huuu~

    BalasPadam
  2. jauh gak perjalanan yea dari umah akak....

    BalasPadam
  3. Pantai bagan lalang tu dekat sgt dgn rumah kakak sy-tmn sri bayu.selalu klu antar anak2 ke rumah kakak, disitulah tempatnya. Dan selalulah pesan kat anak2 buah supaya jgn bw anak2 sy mandi laut tu.airnya mmg kotor + anak2 sy pun jenis tak tahan kulitnya. Klu mandi laut tu mesti bintat, gatal dan tinggal kesan hitam. Huhuuu
    Bagi saya mmg tak sesuailah klu nak mandi manda tapi klu utk sekadar beriadah, syiok juga.lepak2 tepi pantai,syiok!!!

    BalasPadam
  4. pernah dinner kt situ adik bawak dulu.. siang tak pernah lagi tengok camna rupanya pantai tu.. bestnya... kami suka pantai..

    BalasPadam
  5. Bagan lalang tapi utk golden palm tu nampak menarik. Tak nak wat peraduan yg hadiahnya penginapan kat situ ke?

    BalasPadam
  6. makan seafood pd waktu malam kat Bagan Lalang pun ok juga....

    BalasPadam
  7. sy sll g bagan lalang makan seafood kat kedai kedua hujung..makan sedap servis pn cepat :)

    BalasPadam
  8. saya pun baru skali penah kesana, tu pun dah lewat ptg, tak puas bwk anak2 main pasir

    BalasPadam
  9. pantai kat bagan lalang tu sangat cantik kan

    BalasPadam
  10. syok juga sekali skala macam ni.. saya baru sekali ke sana.. sejam dari putrajaya

    BalasPadam
  11. dekat je ngan rumah saya,tapi belum mampu nak tido hotel mahal tu ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers