OOO

Isnin, Februari 27, 2012

Ramai Yang Terpesona Dengan Kek Lapis Cheese Pesona

Geng masak memasak dah terkena virus kek lapis cheese pesona tahun lepas tapi akak tak terkena masa tu sebab virus M lebih banyak dari virus R.  Bila anak lelaki dah ada baru buat sebab bila buat dorang habiskan, taklah membazir.


Akak cuma guna 1 peket ajer biskut marie dan susu tu tak habis guna pun.

Resepi Asal: Ryo Azhar.seorang lagi blogger chef lelaki yang pandai ke dapur dan hasil tangan beliau tidak mengecewakan.

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE)- akak guna 1 peket ajer
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 500ml)
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit)
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping-keping biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)..akak pakai berus ajr
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

11 ulasan:

  1. Kak Ina,
    ahaa laa kak kami jumpa sebab dia antar anak dia keSDAR seremban tu..dah dekat tu yang pelawa..akak aje yang lum singgah lagi..
    aritu Azita datang rumah bawa kek cis nie sebagai buah tangan..makan sikit2 sedap....

    BalasPadam
  2. Memang sesuai dengan namanya sbb saya dah terpesona.

    BalasPadam
  3. saya kalu bende cengini mmg pandai makan aje kak hahaha

    BalasPadam
  4. haiippp... kak ina ni.. nak masuk tido dah ni nampak pulak kek ini yg menggiorkan.. huwaaa... rasa nak cekau2 skrin ni nak amik sepotong..

    BalasPadam
  5. Konsep dia lebih kurang macam kek batik kan? Sebab guna biskut merie.

    BalasPadam
  6. salam kak ...

    lama x singgah kt blog akak .. huhuu biasa le kak , org 1st term .. lemau sume nye.. adehhh

    fuhh terliur tgk kek ni kak .. kalau raya akak wat open haus ye

    BalasPadam
  7. dah mcm kek batik je....sedap nye..tp ada cheese la....tkt naik bdn sy..hehe~

    BalasPadam
  8. mmg nampak sedap!!! rasa nak try. buat tuk family >_<

    BalasPadam
  9. salam kak ina...
    terima kasih sudi mencuba ye ..
    :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...