OOO

Selasa, Februari 14, 2012

Puding Buah Naga (Mentang-mentang tahun naga)

Gara-gara terbeli buah naga yang tawar giler dan tak sedap langsung kat sebuah hypermarkat, akak kenalah cari idea nak buat apa dengan dragon fruit ni.  Isi pulak warna putih ..kalau buat apa-apa pun kenalah letak pewarna merah nak kasi nampak cun.
Akak buat puding buah nagalah sebab stok bahan ada kat rumah.  Resepi asal ada kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
1/2 camca teh esen vanilla
150 gram isi buah naga jenis merah*
125 ml air*(*dikisar bersama isi buah naga)
*sedikit pewarna merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih, masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  2.  Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah naga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati bersama pewarna merah. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya. (akak letakkan isi buah dlm puding sikit)
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.
 Itik pulang petang


13 ulasan:

  1. alahai kak ...rupa puding tue saja sudah menyelerakan.

    BalasPadam
  2. cantiknya bekas tu kak..camna la agaknya rasa buah naga bila dah dibuat puding..

    BalasPadam
  3. cutenya bekas itik tue..kayrul kalau beli buah nie selalu buat ais blended jer

    BalasPadam
  4. itik gembo2..hehe..comelnya itik. #dila xsuka makan buah naga , geli. :P

    BalasPadam
  5. cute plak bekas itik tu kak. dragon fruit kaler putih mmg tawar

    BalasPadam
  6. EH, comelnya anak itik tokwi tu. kat mana beli?

    BalasPadam
  7. bestnya... tapi sini payah dapat buah ni.. duduk vietnam 10 tahun memang sakan saya makan buah ni..

    BalasPadam
  8. Alamak kak..cun ja puding tu posing dlm cup itik tu..heeee

    BalasPadam
  9. sy xpandai mkn buah nih, penah rasa tp xsuka.. alamakkk mana dpt itik pulang petang tuh??? beshnyeeee

    BalasPadam
  10. Sedapnyaa tgk puding buah naga tuh Kak Ina.. nyum2..

    BalasPadam

  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers