lazada

Lazada Malaysia

Rabu, Februari 29, 2012

Resepi Apam Polkadot @Apam Comel Inti Kelapa @Apam Blossom

Dulu kami geng masak memasak panggil apam ni apam blossom ataupun apam comel inti kelapa.  Entah camner sekarang ni orang panggil pula apam polkadot.  Tak kisahlah orang nak panggil apa kan..janji ia sedap dan menjadi sebutan ramai.
Fofolur sungguh apam polkadot ni kan..ramai betul yang dah buat untuk jualan. Apam polkadot ni muncul masa kenduri kat rumah akak yang lalu. Tahniah buat mereka. Kalau sape nak buat bolehlah cuba.  Resepi ni di ambil dari Lily@myresipi.com geng masak memasak.

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (utk inti kelapa, follow resepi dibawah) kalau nak buh strawbery, blueberry ataupun kaya boleh juga
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...
*Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Inti Kelapa:
Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 6 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung
  • 1 helai daun pandan-pintal
  • 1/2 cwn air
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.

Note:

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkan jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

16 ulasan:

  1. owh kalau buat inti lain blh tak kak...

    BalasPadam
  2. thanks kak untuk tip tue..kayrul buat selalu filling tue jatuh ke bawah..huhuhu

    BalasPadam
  3. Kalau rasa lapar jer, cuba masuk blog kak ina. mesti terus rasa kebulur. huhu lapo plak hujan - hujan nie.

    BalasPadam
  4. isshh.. kak ina ni, kasi mulut ternganga je ni..

    BalasPadam
  5. Looorrr... ingatkan resepi buatan sendiri, rupanya resepi org punya.
    Bila nak cuba buat sendiri dan publish entry.

    BalasPadam
  6. hari tu kita ada buat sekali...
    senang kan..bahan2 pon x susah nak carik...

    BalasPadam
  7. saya suka tgok bentuk dan warna dia tapi tak gemar sangat makan
    hohohoho

    BalasPadam
  8. terima kasih sudi share resepi kak ina... saya nak cuba satu hari nnt.. hehe tah bila la satu hari tu..

    BalasPadam
  9. memang best apam polka ni kah?

    BalasPadam
  10. K.ina, gula halus tu gula kastor ke gula ising?Tq

    BalasPadam
  11. Alin dah buat sampai boleh jadi bisnes akak..alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. gula halus tu bukan gula aising yer deyna..gula ada yang kasar dan yang halus..org panggil gak gula kastor

    BalasPadam
  13. mekasih kak..nak try wat hubby n anakanda2 tercinta.

    BalasPadam
  14. salam kak nk tye kalo buat apam untuk majlis perkahwinan seelok nye bile blh buat?seminggu lagi or 2-3hari lg?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...