OOO

Ahad, Mac 04, 2012

Resepi Ikan Keli Berlado Lagi..Lagi..Dan Lagiiiii

Salam pagi minggu yang ceria buat semua pembaca blog akak. Berderet cerita dan gambar nak akak kongsikan kat blog akak ni disebabkan 3 hari tak update blog.  Tengah fikir nak buat 3 entry ker idak dalam satu hari sebab cerita gi ke Padang pun tak buat lagi ni.  Nak pilih pemenang pun tak sempat lagi ..sabar yer

Rasa payah kot sebab hari minggu ni hb ada kat umah. Nak masak sarapan, lunch, minum petang dan makan malam.  Kalau rajin akak buatlah.

 
Senang hati sebab anak akak suka makan masakan ikan keli.  Oleh sebab 3 hero yang ada kat umah ni kenalah beli 2kg ikan keli.  Sekarang ni ikan keli pun dah naik harga.  Dulu beli 3kg boleh dapat RM10.00 sekarang ni jangan haraplah sebab sekg dah RM6.00.  Tapi masih murah dari ikan pelaling, kembung dan ikan-ikan yang lain.

Yang tak boleh tahan pula lada merah naik berdentam dentum.  Sebenarnya ikan keli berlado memang sesuai guna cili hidup dan di tumbuk tapi kerana malas nak tumbuk cili hidup sebab ashik terperacik dalam mata akak blender ajerlah kasi senang keroje.

Bahan-bahan 
1 kilo ikan keli
20 biji cili hidup#-kalau rajin belah 2 dan buang biji
8 biji bawang kecil *
6 biji bawang putih *
1/2 biji bawang besar *
3 biji limau kasturi - ambil jus
garam dan gula
minyak secukupnya
kisar atau tumbuk bahan bertanda * dan # berasingan
 

Cara-caranya
  1. Bersihkan ikan keli dengan air asam jawa.  Kemudian perap sebentar dengan jus limau kasturi bersama sedikit garam.  Bersih dan toskan.
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
  3. Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar sehingga naik bau baru masukkan cili hidup  kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak dengan api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  4. Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan. Masukkan ikan keli goreng kemudian rasa cukup perisa ker idak.
  5. Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau rata sebelum di angkat.
  6. Cepat makan dengan nasi panas.
 

9 ulasan:

  1. kak ina...
    mas peminat ikan keli berlado....
    sedappnya tengokkkk....

    BalasPadam
  2. nih mmg super fav hubby saya tp sy xbape suka nk siang ikan keli nih.. jadik selalu buat kembong or ayam belada aje hihi

    BalasPadam
  3. bila laaa saya nak jadi rajin masak mcm kak ina ni
    belum sampai seru kot.. hikhik

    BalasPadam
  4. sedapnya kak ina! saya hantu ikan keli tau.. ehehhe boleh la try nanti ;D

    BalasPadam
  5. nampak macam ada cili tu, terus takut.. memang tak makan pedas..haha

    BalasPadam
  6. Kak ina..ummi datang bawak pinggan ni, nak makan nasi dengan ikan keli berlado..

    BalasPadam
  7. ikan keli! peberet ni..masak le style pe pon, memang saya melantak lah..kihkih

    BalasPadam
  8. kegemaran saya ni, mesti sedap..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers