OOO

Ahad, April 22, 2012

Nasi Mandy Lahm (Daging) Misry


Sebelum tu akak nak minta tolong VOTE blog akak boleh tak?
Korang boleh vote kat untuk 3 kategori
Budi baik korang akak ucapkan ribuan terima kasih.
 
Restoran makanan Arab telah banyak di buka di Malaysia terrutama di Kuala Lumpur dan ada juga yang telah di ubah citarasa orang tempatan.  Penerimaan rakyat Malaysia terhadap masakan dari timur tengah amat menggalakkan dan citarasanya telah pun di ubahsuai bagi memenuhi citarata pelanggan di Malaysia.

Mungkin juga ini disebabkan ramai pelancung di Timur Tengah terus memilih Malaysia berbanding destinasi lain di Asia  memandangkan Malaysia adalah destinasi percutian sepanjang tahun yang selamat dan mempunyai banyak tempat menarik untuk di lawati, terdapat beraneka makanan dan warisan kebudayaan disebabkan penduduk negara ini yang pelbagai kaum serta budaya.

Oleh sebab family kami sukakan masakan stail Arab akak cuba masak masakan ini.  Tak susah nak membuatnya.  

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI (akak gunakan p/c rebus daging)
* 1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)


PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* secubit garam
*sedikit safron (rendam dengan air panas)

 Tak sangka pula Salatah ni mendapat sambutan dari anak-anak..sedaplah bila di makan bersama daging dan daun salad.

PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* ½ biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa
*salad
           
 Oleh sebab tekak kami tak boleh makan nasi tanpa sup, akak buat sup.  Senang ajer, cuma masukkan sedikit garam dan di tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng

Cara-caranya  membuatnya
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. 
3.  Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). 
4.  Bila sudah masak, renjiskan dengan air safron. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
3. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
4. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. (optional) Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging)

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    kat pejabat saya ni pun dah dilanda nasi arab...he he

    BalasPadam
  2. tugas saya vote telah dilaksanakan...he he

    Insyaallah...semoga berjaya

    BalasPadam
  3. saya dah vote...

    ke kena vote hari hari? hmmmmmm

    anyway hidangan akak tu nampak sedap..penah mkn arabic food sekali ajek thn lps ms father's day...arabic restaurant kat sect 7 shah alam....

    BalasPadam
  4. Best kalau dapat p rumah kak Ina ari tu, dapat makan macam2, tengok gambar pun dah terliur :)


    p/s : Kak, adiah dah sampai semalam, Myra ada buat entry kat sini
    http://normj1001.blogspot.com/2012/04/hadiah-dari-kak-ina-kl.html

    BalasPadam
  5. dah vote untuk semua :-) Good Luck Kak Ina :-)

    BalasPadam
  6. InsyaAllah 1 vote. nasi mandy kambing memang xboleh tolak kalau dah depan mata, memang sodap.

    BalasPadam
  7. musim nasi mandy kambing skang nih..

    BalasPadam
  8. Saya nak vote kak ina. Tapi facebook blocked la kat ofis. Abistu cemana.

    BalasPadam
  9. kakIna,
    kita dah vote akak dah..kat yang no 1 tu,semuga berjaya yer kak:)))

    BalasPadam
  10. LydSunshine ..nanti votelah kat umah ..ada 9 hari lagi

    BalasPadam
  11. nampak sedp.sy tak lpaskan peluang untuk mencuba.tkasih.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers