OOO

Ad

Jumaat, April 27, 2012

Percutian Ke Genting Highland

 Genting Highland terletak di negeri Pahang Malaysia
 Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia
 Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.
Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti.
Terdapat 2 taman tema di sediakan iaitu taman tema outdoor dan taman tema indoor.  Terdapat juga  kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk). 
Di sini juga terdapat hotel  yang dimiliki anak syarikat Genting termasuk Genting hotel, Highland hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas Hotel bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6118 bilik.
Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman dan ianya sesuai untuk hasil tanaman.
Selain itu di sini ada juga ladang sayur-sayuran yang 
menawarkan sayur-sayuran yang segar
Di Genting Strawberry Leisure Farms menawarkan sayur-sayuran yang segar seperti salad yang di tanam secara hidroponik.
 
Sayuran yang di tanam secara ini tidak menggunakan tanah..geram tenguk sayur yang segar bugar ini.
 
Selain dari itu di sini juga terdapat ladang strawberi
 
 Jika anda ingin memetik sendiri buah strawberi yang segar sedikit bayaran akan di kenakan.
Akak tak melepaskan peluang membeli 
buah-buahan  dan gula-gula strawberi.
Tak lupa juga membeli sayur-sayuran untuk di bawa pulang.

PENGANGKUTAN (Jalan Darat)
Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.



Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Perkhidmatan teksi ke Genting Highlands boleh didapati di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas ekspres terus Kuala Lumpur-Genting boleh didapati di Stesen KL Sentral, Stesen Bas Ekspress Jalan Duta, Puduraya dan Stesen LRT Gombak.

Jika inginkan info tentang tempat menarik di Malaysia boleh ke laman web http://www.tourism.gov.my/

32 ulasan:

  1. Ella tak penah jemu dgn Genting Highland, kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak akAk pun suka gi puncAk ella

      Padam
  2. Best dapat jalan-jalan dengan famili kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanh best
      Klu ada big boss lagi best halif

      Padam
  3. X pernah pergi ladang strawberry dekat Genting.. cantik jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu free leh lah gi nurul
      Sbb x jAuh

      Padam
  4. hehehehe.. sha pernah buat entry genting highlands sekali je. baru2 ni ada p...bulan lepas tapi lom update lg entry tu...adoyaiii

    BalasPadam
  5. best..best..tp bln 12 hr tu pegi sayur2 dia x brp nk byk sgt..jeles tgk gmbr kak ina..hihi

    BalasPadam
  6. wahhh cantik nye ...subhanallah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanglah cantik ciptaan allah swt

      Padam
  7. bestnyer . tak pernah pergi srawberi farm kat genting

    BalasPadam
  8. wah..skrg genting dh mcm cameron pula, dh ada strawberi, sayur2 semua ye...ada masa nk jln2 ke sana..hehe

    BalasPadam
  9. saya paling takut pergi genting. tak tahu nak buat apa kat situ.. mati kutu. nak main pun takut gayat, indoor pun saya takut habis duit hehe.. tapi kalau dah ada tapak semaian kat san, rasa nak gagahkan diri jugak la tgok mcm mana diorang tanam salad gebu cam tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tkt gak naik cuma naik Yg x gayat ajer

      Padam
  10. Alahai tak pernah sampai lagi ni huhuuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cuti sek bawalah anak gi situ nieda

      Padam
  11. Kak ina, saya tak sangka plak kat genting pun ada stoberi. Senang le camni kalo nak makan stoberi byk2. Heheh. Takyah pusing jauh2 pegi cameron.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu
      Klu nak mkn strawberi fresh blhlah pegi kat sini ajer

      Padam
  12. anak2 memang suka sangat games kat sini, kita pun suka tapi banyak games yg xberani naik, cthnya yg gambar atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah permainan yg best dan mencabar sesuai utk anak muda

      Padam
  13. Pertama kali membaca blog address kak Ina ni, saya baca sebagai: Kaki nakal :O he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn kamu ajer katA cAmtu org lain pun sAma
      Tq sudi jenguk blog akak

      Padam
  14. Hi Kak Ina...first time jejak kat sini..menarik mcm2 entri makan2, jalan2, sembang2. Bolih terjah lagi sini hehe. Nanti Kak Ina jenguk blog saya ok topik pasal tempat2 makan menarik yg saya singgah ngan famili terutama area JB (maklum la orang JB!) kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan jangan lupa follow ok TQ TQ bebanyak. jumpa lagi Kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sudi jenguk blog akak
      Nanti akak dah keluAr hospital akAk jenguk blog kanu

      Tq sudi jenguk blog akak

      Padam
  15. buah dan sayur kat sini memang fresh.... cuma dalam gambar nie akak kurang senyum laa....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah hazman muka akak memang camtu

      Padam
  16. menarik genting sekarang ade strawberry

    BalasPadam
  17. Salam kak..saya kat genting ni...strawbery park kat area mana kak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers