NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Jumaat, April 20, 2012

Seronoknya Bercuti Ke Taman Negara Pahang

Cuti sekolah hampir tiba kan.  Tentu korang tengah fikir mana nak bawa anak-anak gi bercuti kali ini.  Al maklumlah cuti persekolahan pada bulan depan lama tau.

Kalau anda masih buntu nak bawa kemana nak bercuti, akak akan share salah satu tempat menarik di negeri Pahang iaitu di  Taman Negara Pahang.
Taman Negara (National Park) adalah yang pertama dan kawasan tertua yang  di lindungi di negara ini, pada asalnya dinamakan King George V National Park. 
 salah satu binatang yang boleh di jumpai semasa "jungle trekking"
Diisytiharkan pada tahun 1938 oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (semasa Jubli Perak King George), ia telah diwartakan bagi memelihara alam pribumi tanah selama-lamanya. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kami memang seronok melakukan   aktiviti-aktiviti yang menarik di sini.  Aktiviti dimulakan dengan menaiki boat panjang ke Taman Negara.

Inilah aktiviti yang kami lakukan semasa tinggal selama 3 hari 2 malam.

Aktiviti  berjalan malam iaitu  aktiviti 'nite jungle walk' menjadi pengalaman paling menarik apatah lagi berpeluang bertemu hidupan liar seperti tapir, rusa dan kijang.
 
Lampu picit menjadi panduan berjalan dalam hutan sambil mata liar memerhati pergerakan penghuni rimba, antaranya belalang kayu, kala jengking, mentadak mentadu, ular daun, kupu-kupu, labah-labah dan burung hutan.

Rapid Shootings yang sangat best..walaupun 
basah kuyup tapi kami semua seronok
 
Terujanya bila merasai pengalaman melalui jambatan gantung@Canopy Walk sepanjang 530 meter yang memang mencabar.
Mendaki Bukit Terasik
"Jungle Trekking" yang memenatkan tapi seronok
 Ada lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan untuk diterokai.
Melawat perkampungan  orang asli dan 
memahami cara kehidupan mereka
melakukan aktiviti menyumpit  di sini
demo cara menghidupkan api  dari penduduk orang asli
Yang paling orang muda suka..lompat ke dalam sungai
 Dan yang akak suka kerana dapat  menikmati keenakannya masakan disini  iaitu  ikan patin sungai masak asam rom  makanan kegemaran orang yang duk kat Jerantut, Pahang

Seronokkan bercuti ke Taman Negara Pahang. 

Jika anda  nak tau lagi tempat perlancongan yang menarik di Malaysia bolehlah ke web http://www.tourism.gov.my

9 ulasan:

  1. kakina...saya nak pergi macam mane ye....kalau naik kereta nk lalu kot mana...dulu sya dr terengganu, konon2 nk pergi tp lain yg jadi sesat msk dlm hutan...takut sgt bila dikenang2kn...serik dh nk pergi sndiri

    BalasPadam
  2. k.ina, asam rom tu kami sebut aserung..ada dengung kt hjg perkataan. hehe, amacam best tk rasanya? kalau time raya kami mkn dgn lemang.

    BalasPadam
  3. Ya Allah cantiknya tempat dia.. Kak Ina pergi ni ade pemandu pelancong ker?

    Teringin nak pergi temapt2 camni.. sejuk mata memandang..

    BalasPadam
  4. hehe..mmg best pg situ k.ina..sero nok g lagi..hehe

    BalasPadam
  5. Kak ina... ada typo skit pada satu gambar tue... rasanya aktiviti menyumpit bukan memanah kan...ehehehehe

    BalasPadam
  6. nak belajar idupkan api laa cara orang asli tu...

    BalasPadam
  7. seronok gak aktiviti mcm ni tp kena tunggu anak2 besar sikit kot

    BalasPadam
  8. lamanya tak pergi taman negara nie..first time pergi masa muda belia dulu..tunggu anak2 dah besar boleh la bawak diorg ke sini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...