OOO

Memaparkan catatan dengan label Bukit Terisek Taman Negara Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Terisek Taman Negara Pahang. Papar semua catatan

Jumaat, April 20, 2012

Seronoknya Bercuti Ke Taman Negara Pahang

Cuti sekolah hampir tiba kan.  Tentu korang tengah fikir mana nak bawa anak-anak gi bercuti kali ini.  Al maklumlah cuti persekolahan pada bulan depan lama tau.

Kalau anda masih buntu nak bawa kemana nak bercuti, akak akan share salah satu tempat menarik di negeri Pahang iaitu di  Taman Negara Pahang.
Taman Negara (National Park) adalah yang pertama dan kawasan tertua yang  di lindungi di negara ini, pada asalnya dinamakan King George V National Park. 
 salah satu binatang yang boleh di jumpai semasa "jungle trekking"
Diisytiharkan pada tahun 1938 oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (semasa Jubli Perak King George), ia telah diwartakan bagi memelihara alam pribumi tanah selama-lamanya. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kami memang seronok melakukan   aktiviti-aktiviti yang menarik di sini.  Aktiviti dimulakan dengan menaiki boat panjang ke Taman Negara.

Inilah aktiviti yang kami lakukan semasa tinggal selama 3 hari 2 malam.

Aktiviti  berjalan malam iaitu  aktiviti 'nite jungle walk' menjadi pengalaman paling menarik apatah lagi berpeluang bertemu hidupan liar seperti tapir, rusa dan kijang.
 
Lampu picit menjadi panduan berjalan dalam hutan sambil mata liar memerhati pergerakan penghuni rimba, antaranya belalang kayu, kala jengking, mentadak mentadu, ular daun, kupu-kupu, labah-labah dan burung hutan.

Rapid Shootings yang sangat best..walaupun 
basah kuyup tapi kami semua seronok
 
Terujanya bila merasai pengalaman melalui jambatan gantung@Canopy Walk sepanjang 530 meter yang memang mencabar.
Mendaki Bukit Terasik
"Jungle Trekking" yang memenatkan tapi seronok
 Ada lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan untuk diterokai.
Melawat perkampungan  orang asli dan 
memahami cara kehidupan mereka
melakukan aktiviti menyumpit  di sini
demo cara menghidupkan api  dari penduduk orang asli
Yang paling orang muda suka..lompat ke dalam sungai
 Dan yang akak suka kerana dapat  menikmati keenakannya masakan disini  iaitu  ikan patin sungai masak asam rom  makanan kegemaran orang yang duk kat Jerantut, Pahang

Seronokkan bercuti ke Taman Negara Pahang. 

Jika anda  nak tau lagi tempat perlancongan yang menarik di Malaysia bolehlah ke web http://www.tourism.gov.my

Jumaat, Julai 15, 2011

Bukit Terisek Taman Negara Pahang

Tak habis lagi cerita pegi ke Taman Negara ek..nak buat camner, banyak sangat yang nak di ceritakan dalam blog akak ni.  Akak buat gak N3 sebab akak ibaratkan blog akak ni ibarat diari kehidupan akak sebab dari masa sekolah rendah hingga bekerja akak suka tulis dalam diari setiap apa yang terjadi. Semua ni buat kenangan untuk anak cucu jika akak tiada nanti dan anak-anak boleh jadikan sebagai iktibar dan rujukan terutama himpunan resepi yang akak masak untuk mereka.
Oleh kerana akak dan suami tak larat nak mendaki sehingga ke Bukit Terisek, kami berenam termasuk juru pandu turun semula ke bawah.  Firdaus, Ira dan Imran mengikut kumpulan ke 2 (pertama dah pegi dulu baru panjat Canopy Walk) bersama seorang jurupandu.
Cabaran nak turun lagi leceh rupanya.  Ashik tersepak akar yang berselirat kerna kami tak ikut jalan yang sama.  Akak terpaksa gunakan kayu sebagai tongkat sebab takut tersembam jatuh ke tanah.

Kadang-kadang suami tolong pegang tangan, fuhh terasa romantiklah pulak dan akhirnya selamat gak sampai ke tepi sungai dan naik bot ke restoren terapung Liyana untuk makan tengahari. 
 Masing berselera makan ..kelaparan setelah menghabiskan banyak tenaga.
Ada ikan masak sambal, kari ayam, sayur taugeh dan semestinya masakan ikan patin.  Lepas makan ada yang balik ke bilik masing-masing untuk berehat sebentar sebelum aktiviti seterusanya.  Akak tak balik sebab tunggu 3 orang anak.  Selagi tak tenguk muka mereka akak rasa tak senang hati.
Bangganya mereka sebab dah sampai ke Bukit Terisek.  Ikut kata anak nak naik sini payah gak sebab kena daki bukit yang agak curam
Berehat sebentar di sini menghilangkan lelah, suami akak dah 
pernah naik keatas masa ada motivasi pada 4 tahun lepas, tu sebab dia tak nak naik lagi.
Jurupandu berbaju oren
Oleh sebab akak tak ada, harapkan ajer gambar dari orang lain.  Memang kena bawa air bebanyak, sebab ashik dahaga.  Di Canopy Walk ada jual air dan tandas. Sebelum naik ke sini pergilah ke tandas dahulu sebab kat atas tiada tandas tau.
Ira dan Imran tinggal berdua, Firdaus tak larat, dia berehat di pertengahan jalan bersama seorang lagi anak dara.  Kononnya dia temankan anak dara tu, sebab bahaya kat dalam hutan sorang-sorang.  Bagi budak-budak cabaran macam ni senang sebab mereka memang sukakan aktiviti lasak macam ni.
Setelah berehat seketika, mereka kena turun sepantas yang boleh sebab takut tak sempat nak menyertai kami nanti.  Dari kejauhan dah nampak mereka dalam bot panjang.
Lega rasa hati bila dah nampak muka mereka, alhamdulliah selamat gak tiba.
Sementara mereka bertiga gi makan, akak balik dulu dengan suami.  Apalagi mandi manda dan lepak nak rehatkan badan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...