OOO

Isnin, Mei 14, 2012

Al Fatihah

Setelah terlantar di hospital berhari-hari, akhirnya adik perempuan abah akak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seremban sebentar tadi.  

Insyallah akan di kebumikan esok hari di tempat arwah di lahirkan di Melaka. 
Banyak kenangan bersama arwah terutama bila waktu cuti sekolah kami akan bercuti di sana sebab mak dan abah bekerja dan arwah suka melayan kami 3 beradik.  
Kami suka ikut arwah mak ngah  dan suami, atok dan wan menanam padi di seberang sungai...kalau lintah atau pacat melekat di kaki, terjerit-jeritlah akak ketakutan.

 Selepas main lumpur kami akan terjun ke dalam sungai.  Bila balik semula ke rumah atok yang bersebelahan dengan rumah mak ngah, kami akan makan beramai-ramai bersama anak-anak mak ngah yang menjadi rakan sepermainan kami di kampung terutama anak perempuan arwah.


Selepas kenyang..ada ajer aktiviti menjelajah kampung yang kami lakukan bersama-sama mak saudara yang ada berumur lebih kurang sebaya dengan kami tiga beradik...ah kenangan semasa kecil memang amat indah dan menjadi nostalgia bila di ingati.

Semoga roh arwah  tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt jua. Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amiiiinnn..
.

18 ulasan:

  1. Al - Fatihah

    salam takziah buat akak dan family

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

    BalasPadam
  3. al fatihah buat akak sekeluarga...berhati2 yer balik nanti.

    BalasPadam
  4. amiin..alfatihah buat arwah dan takziah buat keluarga

    BalasPadam
  5. takziah, yang hidup pasti akan mati,..

    BalasPadam
  6. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga yang kehilangan...

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah dan salam takziah untuk Kak Ina sekeluarga dari pihak DTS-MAT GEBU....

    BalasPadam
  8. Salam takziah.moga roh arwah dicucuri rahmat. Al fatihah...

    BalasPadam
  9. al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.amin

    BalasPadam
  10. takziah al-fatihah buat arwah

    BalasPadam
  11. Al-Fatihah

    semoga akak sekeluarga tabah menghadapi nya

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, takziah ye kak, bsabo n bykkan doa utk arwah selalu..smoga tgolong dlm mereka2 yg briman..

    Allah Maha Berkuasa, Dia sayangkan hambanya..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...