OOO

Memaparkan catatan dengan label surah al fatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surah al fatihah. Papar semua catatan

Isnin, Mei 14, 2012

Al Fatihah

Setelah terlantar di hospital berhari-hari, akhirnya adik perempuan abah akak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seremban sebentar tadi.  

Insyallah akan di kebumikan esok hari di tempat arwah di lahirkan di Melaka. 
Banyak kenangan bersama arwah terutama bila waktu cuti sekolah kami akan bercuti di sana sebab mak dan abah bekerja dan arwah suka melayan kami 3 beradik.  
Kami suka ikut arwah mak ngah  dan suami, atok dan wan menanam padi di seberang sungai...kalau lintah atau pacat melekat di kaki, terjerit-jeritlah akak ketakutan.

 Selepas main lumpur kami akan terjun ke dalam sungai.  Bila balik semula ke rumah atok yang bersebelahan dengan rumah mak ngah, kami akan makan beramai-ramai bersama anak-anak mak ngah yang menjadi rakan sepermainan kami di kampung terutama anak perempuan arwah.


Selepas kenyang..ada ajer aktiviti menjelajah kampung yang kami lakukan bersama-sama mak saudara yang ada berumur lebih kurang sebaya dengan kami tiga beradik...ah kenangan semasa kecil memang amat indah dan menjadi nostalgia bila di ingati.

Semoga roh arwah  tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt jua. Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amiiiinnn..
.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...