OOO

Jumaat, Jun 01, 2012

Gambar Pelancaran Astro On-The-Go

Bayangkan anda sedang seronok menyaksikan sepuluh minit terakhir perlawanan kemuncak bola sepak yang mendebarkan di rumah, kemudian rakan anda tiba untuk menjemput anda dan anda terpaksa pergi.  Bayangkan kekecewaan yang anda alami kerana terlepas peluang menyaksikan gol kemenangan. Dengan Astro On-The-Go, anda tidak akan kecewa lagi, kerana anda boleh membawa dan menyaksikan perlawanan SECARA LANGSUNG tersebut, ke mana-mana sahaja bersama anda. 
Saksikan koleksi rancangan terbaik daripada Astro menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba dengan Astro On-The-Go - perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda. 
 
 Mr. Brian Lenz, Chief Innovation Officer of Astro and Dato’ Rohana Rozhan, Chief Executive Officer of Astro launching Astro On-The-Go.
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Sebagai peneraju inovasi terkini, Astro telah mencatatkan beberapa kejayaan ‘ulung’ seperti kemudahan Definisi Tinggi, 3D, PVR dan Astro First.   


Hari ini, kami berbangga kerana berjaya melancarkan satu lagi perkhidmatan inovatif ‘ulung’ dan saya dengan sukacitanya memperkenalkan Astro On-The-Go, perkhidmatan inovatif terbaru kami yang membolehkan anda menyaksikan rancangan kegemaran menerusi peranti pilihan anda. 

Astro On-The-Go menjanjikan pengalaman menonton televisyen yang membolehkan anda membawa dan menikmati rancangan Astro kegemaran anda dari rumah ke telefon pintar, tablet dan juga komputer riba walau di mana sahaja anda berada

Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video 

Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi  Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka.
 
Astro On-The-Go gives you the opportunity to take Astro with you wherever you go.

Pada pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. Fasa ketiga pula akan menyaksikan Astro On-The-Go ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun.
 anak..pa...manager..driver yang setia menemani

Bawa yang terbaik daripada Astro, ke mana-mana sahaja anda pergi
Buat masa ini, 11 saluran TV yang boleh diperolehi melalui Astro On-The-Go termasuklah saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Xing. Walau bagaimanapun, lebih banyak saluran TV akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Astro juga turut memperkenalkan Video Atas Permintaan menerusi dekoder yang disambungkan kepada saluran Jalur Lebar dengan PVR yang mempunyai akses kepada gedung Video Atas Permintaan tempatan dan antarabangsa. Melalui kemudahan ini, pelanggan Astro boleh menyaksikan filem-filem Astro First dan Sundance di mana sahaja pada bila-bila masa.
 
 Hafiz sedang menyanyi lagu inggeris(tak ingat lagu apa daaa)
Antara koleksi video yang boleh dinikmati menerusi perkhidmatan TV Ulangan akan datang termasuklah filem Nongkrong, drama bersiri pendidikan tempatan Oh My English, drama-drama Korea seperti Secret Garden, Scales of Justice, Its Ok Daddy’s Girl serta program Disney seperti Phineas and Ferb dan Art Attack.
Dato’ Rohana menambah, “Astro On-The-Go dan VOD mencerminkan perkembangan secara berterusan Astro sebagai sebahagian dari usaha kami untuk memanfaatkan  inovasi teknologi terkini dan landasan penyampaian isi kandungan baru yang telah membolehkan kami menyerlahkan potensi sebenar Astro sebagai sebuah kumpulan media yang menyeluruh dan bersepadu.
muka susah nak senyum..biasalah tuuu
Melalui Astro On-The-Go, semua orang kini boleh menonton, mendengar malah membaca yang terbaik daripada Astro, pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, menerusi peranti pilihan mereka. Ianya merupakan satu langkah penting bagi Astro di dalam melaksanakan aspirasi kami untuk memperkembangkan bilangan pelanggan dan meluaskan capaian kepada lebih ramai penonton meliputi setiap generasi masyarakat di Malaysia, tidak kira di mana mereka berada.”

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego atau www.astro.com.my/vod
 
 Yeszaa dapat gak bergambar dengan Aznil






pastu cam biasa mesti ada makan-makan..masa ni senyumlah kot..
kredit pic : SINI

6 ulasan:

  1. saya tergelak bila akak tulis : muka susah nk senyum, hahahha tak terpikir pon tau hahahhahah

    BalasPadam
  2. Macam mana dengan kaedah bayarannya kak.. hanya org yang ada astro boleh melanggan atau sesiapa pun boleh?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak...
    wah seronoknya dpt bergambar ngan Aznil... hehhee..

    BalasPadam
  4. bijak2x..... SALAH SATU LAGI CARA pihak Astro tambahkan pendapatan diorang....

    BalasPadam
  5. a'ah la.. sy pon nak tergelak bila kak ina kata muka susah nak senyum.. heheh.. ambil gambar ngan aznil pon x senyum gak.. hihi.. kak ina, smile!! ;)

    BalasPadam
  6. tu diaaaa.. makin canggih beb!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers