OOO

Rabu, Mei 23, 2012

Bihun Ladna Sedap Di Makan Waktu Panas

Sekarang ni kalau hari hujung minggu kami waktu malam suka layan masakan macam ni.  Kurang minat makan nasi sebab perut masih kenyang sebab minum petang.
Terutama bila kami tinggal 3 orang sebab anak lelaki ni kalau hujung minggu ashiklah keluar dengan geng.  Nak buat camner kan.  Kalau nak tukar ke kuehtiaw ataupun mee boleh gak..lagi satu kena makan time panas, kalau dah sejuk kurang umphhhh
Untuk 4 orang makan
  • 5 biji bawang putih-tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah-hiris halus
  • bihun-direndam dengan air suam dan toskan
  • ayam-hiris tipis
  • 8 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1 kiub ayam
  • 5 cawan air
  •  2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 4-5 titik minyak bijan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • lobak merah-potong kecil
  • sawi/kobis/bunga kobis (ikut suka)-potong kecil
  • cendawan-siat kecil
  • 1 putik jagung
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
  • daun sup/daun bawang-hiris halus
  • sedikit bawang goreng
  • sambal kicap-jika suker

Cara-caranya
  1. Panaskan sedikit minyak.  Masukkan bawang putih kacau dan masukkan d ayam.  Kacau sekejap, baru  masuk sotong dan udang.
  2. Masukkan 5 cawan  air bersama kiub ayam.  Biar mendidih. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan garam. 
  3. Bila mendidih, masukkan putik jagung dan lobak merah dan selepas itu  masukkan sawi dan cendawan.
  4. Kemudian  cepat-cepat masukkan telur yang telah dipukul kedalam kuali dan kacau telur menggunakan garpu dalam kuali..putar banyak kali sehingga jadi bertali dan titiskan minyak bijan
  5. Masukkan tepung jagung yang telah di campur air, biarkan mendidih dan masukkan bihun.  Rasa dan padam api. (kalau tak nak campur pun boleh..tuang kuah atas bihun dalam pinggan)
  6. Hidangkan bersama daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap (jika suka)

16 ulasan:

  1. macam sedap jer, nak cuba la buat,.. terliur plak petang2 ni..

    BalasPadam
  2. my fav ni..terliur la plak..

    BalasPadam
  3. memang layan mkn mase panas2

    BalasPadam
  4. sedapnyer....tgh lapo ni... kak jgn lupa follow blog sayaek...

    BalasPadam
  5. Salam kak ina.
    Sedapnya...feveret saya ni.

    BalasPadam
  6. nmpk sedap, kalo ada cli kicap skali sodap nih..

    tp lov kurang sket ngn mee hoon ni..tekak xble trime..kalo mee kunen tu ske bonar la.. msk aje apa mzt telan

    tp kalo dpt telan gak.. ohohoh

    BalasPadam
  7. sy suka kueyteow ladna..mihun x pnh buat lg..sedap nmpaknya

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    srupppppppppppppppp
    sedap nyer

    BalasPadam
  9. Bestnye k.ina masak..... Sedap nye lama xmkn ni

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum kak, sedapnya tgk bihun ladna ni ...my fav ni ..lama tak mkn teringin la pula:)

    BalasPadam
  11. semoga kak ina cecepat sihat insya allah :)

    BalasPadam
  12. salam...

    tak pernh buat lg, nmpak mcm sedap...ujung minggu ni nk try la

    BalasPadam
  13. Seyes mmg nampak sedap dan menyelerakan..
    Terus rasa nak berbuka makan bihun ladna ;)

    BalasPadam
  14. banyak rencahnya.. sedap nampak tu.. woowooooooo..

    BalasPadam
  15. anak2 suka makan sup ..
    esok boleh try resepi ini pulak :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers