OOO

Selasa, Mei 22, 2012

Hari-Hari Minum Yakult

Bila akak menjalani pembedahan kecil kat lututu di hospital Ampang Putri selama 5 hari, setiap kali  makan tengahari dan malam akan disediakan sebotol Yakult.  

Kalau korang nak  kenapa pesakit kena minum Yakult di hospital sebab salah satu kebaikannya ialah  kerana Yakult sangat baik untuk masalah yangmelibatkan penghadaman.  Pagi-pagi nanti senang nak ke tandas...al maklumlah bila makan ubat, perut mesti susah nak buang air besar.
Apakah Yakult ?
Yakult adalah minuman susu fermentasi, yang dibuat dengan cara memfermentasi susu tepung skim yang mengandungi bakteria asid laktik hidup Lactobacillus casei Shirota strain.
Pada tahun 1930,  Dr. Minoru Shirota, pengasas syarikat Yakult, telah berjaya mengkulturkan pelbagai jenis bakteria asid laktik dan memilih satu jenis bakteria yang bersifat paling tahan terhadap cecair pencernaan.
 
Yakult mengandungi probiotik yang  merupakan bakteria baik. Secara umumnya, badan kita mempunyai dua jenis bakteria, iaitu bakteria baik dan jahat.
botol pertama Yakult
Manafaat meminum Yakult 
Dengan mengambil Yakult setiap hari bererti kita memasukkan sekurang-kurangnya 6.5 bilion bakteria Lactobacillus casei Shirota strain hidup ke dalam usus kita. 

Usus kita memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kita. Malah proses penuaan pun bermula dari usus. Kerana itu yang terpenting dalam menjaga kesihatan adalah menjaga kesihatan usus.

Manafaat Yakult adalah terletak pada bakterianya yang mampu hidup sampai usus kita kerana itu bakteria ini dapat memberikan manfaat seperti: 

1. Mencegah gangguan pencernaan
2. Meningkatkan daya tahan tubuh 
3. Meningkatkan jumlah bakteria berguna dalam usus 
4. Mengurangkan racun dalam usus
5. Menyekat jumlah bakteria yang merugikan dalam usus. 
 
Ataupun, anda boleh sahaja minum pada keadaan sihat dan mendapati sistem penghadaman anda semakin baik. Ianya telah terbukti secara saintifik

Yakult datang dalam 2 jenis – Yakult Ace & Yakult Ace Light

Setiap botol 80 ml Yakult Ace  mengandungi:
  • Tenaga: 63 kcal
  • Protein: 1.0 g
  • Lemak: 0 g
  • Kolesterol: 0 g
  • Karbohidrat: 14.6 g
  • Jumlah gula: 14.6 g
  • Kalsium: 58.8 mg
  • Niasin: 17.0 mg
  • Vitamin B6: 1.2 mg
  • Vitamin B12: 2.5 µg
  • Vitamin D: 1.0 µg
  • Lebih 30 billion Lactobacillus casei strain Shirota aktif
Bakteria dalam Yakult juga terbukti secara saintifik  untuk membunuh sel yang melibatkan kanser. Wah bagusnya.

Untuk info lebih lanjut bolehlah ke SINI.
 
 Tinggal di wad sampai baik
Minum Yakult perut ceria
Yakult ada bakteria baik
 “Lactobacillus casei Shirota namanya
 
Setiap hari buat senaman
Buat senaman pakai baju kurung
Sakit perut masalah penghadaman
Minum Yakult sakit perut berkurang

Wah banyak kan kebaikan minum Yakult, sekarang ni kenalah amalkan minum Yakult setiap hari. Jomlah beli Yakult sekarang juga dan pastikan ia ada dalam rumah anda.

Jom  'LIKE'  Yakult Malaysia Facebook kat  SINI

7 ulasan:

  1. lepas ni saya boleh minum yakult selalu...
    siap ada pantun lagi.. :)

    BalasPadam
  2. Memang bagus.. Selain vitagen.. nurul selalu minumj yakult.. ;)

    BalasPadam
  3. tak kena kat tekak saya yakult ni,hehe

    BalasPadam
  4. Owhhh, ingatkan Yakult untuk kanak2 je..hehee ;)

    BalasPadam
  5. yakult -yakuk- ni mmg bgos kak..

    lov pn stat2.. alami mslh pghadaman disarankn minum yakuk ni..

    yg bgosnyer kami kt ofs ni setiap mggu mmg agen yakult dtg mjual bnde ni..

    mcm kt jepun.. kn diorg jual dari rumah ke rumah..ada yg naek beskal lg..hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...