Bila akak menjalani pembedahan kecil kat lututu di hospital Ampang Putri selama 5 hari, setiap kali makan tengahari dan malam akan disediakan sebotol Yakult.
Kalau korang nak kenapa pesakit kena minum Yakult di hospital sebab salah satu kebaikannya ialah kerana Yakult sangat baik untuk masalah yangmelibatkan penghadaman. Pagi-pagi nanti senang nak ke tandas...al maklumlah bila makan ubat, perut mesti susah nak buang air besar.
Apakah Yakult ?
Yakult adalah minuman susu fermentasi, yang dibuat dengan cara memfermentasi susu tepung skim yang mengandungi bakteria asid laktik hidup Lactobacillus casei Shirota strain.
Yakult adalah minuman susu fermentasi, yang dibuat dengan cara memfermentasi susu tepung skim yang mengandungi bakteria asid laktik hidup Lactobacillus casei Shirota strain.
Yakult mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik. Secara umumnya, badan kita mempunyai dua jenis bakteria, iaitu bakteria baik dan jahat.
botol pertama Yakult
Manafaat meminum Yakult
Dengan mengambil Yakult setiap hari bererti kita memasukkan sekurang-kurangnya 6.5 bilion bakteria Lactobacillus casei Shirota strain hidup ke dalam usus kita.
Usus kita memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kita. Malah proses penuaan pun bermula dari usus. Kerana itu yang terpenting dalam menjaga kesihatan adalah menjaga kesihatan usus.
Manafaat Yakult adalah terletak pada bakterianya yang mampu hidup sampai usus kita kerana itu bakteria ini dapat memberikan manfaat seperti:
1. Mencegah gangguan pencernaan
2. Meningkatkan daya tahan tubuh
3. Meningkatkan jumlah bakteria berguna dalam usus
4. Mengurangkan racun dalam usus
5. Menyekat jumlah bakteria yang merugikan dalam usus.
Yakult datang dalam 2 jenis – Yakult Ace & Yakult Ace Light.
Setiap botol 80 ml Yakult Ace mengandungi:
- Tenaga: 63 kcal
- Protein: 1.0 g
- Lemak: 0 g
- Kolesterol: 0 g
- Karbohidrat: 14.6 g
- Jumlah gula: 14.6 g
- Kalsium: 58.8 mg
- Niasin: 17.0 mg
- Vitamin B6: 1.2 mg
- Vitamin B12: 2.5 µg
- Vitamin D: 1.0 µg
- Lebih 30 billion Lactobacillus casei strain Shirota aktif
Bakteria dalam Yakult juga terbukti secara saintifik untuk membunuh sel yang melibatkan kanser. Wah bagusnya.
Untuk info lebih lanjut bolehlah ke SINI.
Tinggal di wad sampai baik
Yakult ada bakteria baik
“Lactobacillus casei Shirota namanya
Setiap hari buat senaman
Buat senaman pakai baju kurung
Sakit perut masalah penghadaman
Wah banyak kan kebaikan minum Yakult, sekarang ni kenalah amalkan minum Yakult setiap hari. Jomlah beli Yakult sekarang juga dan pastikan ia ada dalam rumah anda.
Jom 'LIKE' Yakult Malaysia Facebook kat SINI.
bgus rupenye yakult ni
BalasPadamlepas ni saya boleh minum yakult selalu...
BalasPadamsiap ada pantun lagi.. :)
Memang bagus.. Selain vitagen.. nurul selalu minumj yakult.. ;)
BalasPadamtak kena kat tekak saya yakult ni,hehe
BalasPadamOwhhh, ingatkan Yakult untuk kanak2 je..hehee ;)
BalasPadamyakult -yakuk- ni mmg bgos kak..
BalasPadamlov pn stat2.. alami mslh pghadaman disarankn minum yakuk ni..
yg bgosnyer kami kt ofs ni setiap mggu mmg agen yakult dtg mjual bnde ni..
mcm kt jepun.. kn diorg jual dari rumah ke rumah..ada yg naek beskal lg..hehehe
get well soon!
BalasPadam