OOO

Selasa, Jun 05, 2012

Happy Dapat Bercuti Di Pulau Pangkor

Malas tul nak update blog sebab ashiklah menjengkit ke sana ke sini bila anak-anak cuti sekolah ni.  Akak nak  share lagi gambar bercuti ke Pulau Pangkor..
 
Masa bercuti ke Pulau Pangkor kami duk lepak kat sini.  Tak jauh dari jetty..nak van@taxi kena RM10.00 sahaja.
 
Akak cari kat Booking.com...happynya dapat harga yang murah di situ.  Baca feedback dari tetamu kata tempat ni kira ok dan mampu dengan duit dalam dompet akak.
  
Happynya dapat breakfast di tepi pantai.  Akak tak tau pun empunya hotel ni berbangsa India..jadi bila breakfast adalah capati dan tosei.  Di sini ada 3 hotel yang melambangkan satu malaysia. Satu kepunyaan orang Cina, satu orang India punya dan sebelahnya orang Melayu punya..
Happynya duk sini sebab dekat pantai...Boleh bervangan tenguk air laut, lepak tepi pantai, main pasir dan tenguk matahari terbenam..ala macam kat Bali tu
Happynya dpat bervangan jadi puteri macam cerita bawang putih bawang merah..sambil main buaian akak suruh ira nyanyi lagu fofolur dalam filem tu..laju buaiku laju..aku nak kawin dengan anak raja.. (mak dia bervangan)
Happynya bila bilik pun okey .. magic tak Ira..towel terbang kat depan dia
 
 kolam renang taklah besar mana..tapi anak-anak happy sebab tak ramai orang
 
Happynya dapat ke sini sebab boleh beli ikan masin yang segar..geram tul ..rasa cam nak beli semua..nasib baiklah ada tukang bagitau..jangan ikut nafsu..
ikan bilis memang baru punya..akak beli banyak sebab kat rumah ni penggemar sambal goreng ikan bilis campur tempe..sampai sekarang pun tak habis lagi
Happynya jika dapat meronda berdua dengan hb guna motosikal camni ..
happynya anak-anak sekolah ni...ashik berendam ajerlah kerjanya
 
hati berbunga-bunga dibuatnya..terasa semuanya indah belaka bila pergi bercuti sebegini

16 ulasan:

  1. best ina cuti ke pangkor...saya tak pernah sampai lagi ke PP ni...Insyaallah one day nak gi juga...:)
    enjoy nampak ina and the gang heh!

    BalasPadam
  2. best kan pulau pangkor..tapi kecik sangat..last time kitorang pegi honeymoon dengan satu lagi couple.. masing2 naik motor pusing satu pulau 45 minit je..haha.. tapi ok la..fun!

    BalasPadam
  3. pergh, memang syoklah dapat g pangkor.tenang jiwa

    BalasPadam
  4. suka tgk akak sekeluarga suka jenjalan. suka makan. hehe.

    BalasPadam
  5. Mesti lapang je fikiran kan bila dapat holiday kat pulau pangkor kan...

    BalasPadam
  6. bestnya akak asyik la pergi bercuti je kan.....

    BalasPadam
  7. wahh...akak....bestnye bercuti2...:)

    BalasPadam
  8. tak pernah sampai pangkor.. bila balik rumah mertua kt taiping, sokmo plan nak pi pangkor... alih2 lepak rumah je...

    seronok nyaaaa...!!

    BalasPadam
  9. teringin juga kak nak gi bercuti dekat pulau.. tapi wife takut naik bot tu jelah masalahnya.. hehhee

    BalasPadam
  10. Nak g Pangkor jugak..last pergi form 5, auwww lamanye!!

    BalasPadam
  11. seronoknya dapat pi jalan2....

    BalasPadam
  12. tang soping tu paling best tu, rasa nak angkut semua..haha

    BalasPadam
  13. cuti2 rehatkan minda dan badan

    BalasPadam
  14. salam kenal kak...

    best nyer bercuti kat pulau...teringin jugak nak ke Pangkor...insyallah bilo berkesempatan nanti...:)

    BalasPadam
  15. salam,,
    sy dlm perancangan nak g bercuti,,maybe pulau pangkor,,ley x sy nak taw akak tempah hotel mne,,cm menarik je =))))

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers