OOO

Memaparkan catatan dengan label percutian ke pulau pangkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian ke pulau pangkor. Papar semua catatan

Selasa, Jun 05, 2012

Happy Dapat Bercuti Di Pulau Pangkor

Malas tul nak update blog sebab ashiklah menjengkit ke sana ke sini bila anak-anak cuti sekolah ni.  Akak nak  share lagi gambar bercuti ke Pulau Pangkor..
 
Masa bercuti ke Pulau Pangkor kami duk lepak kat sini.  Tak jauh dari jetty..nak van@taxi kena RM10.00 sahaja.
 
Akak cari kat Booking.com...happynya dapat harga yang murah di situ.  Baca feedback dari tetamu kata tempat ni kira ok dan mampu dengan duit dalam dompet akak.
  
Happynya dapat breakfast di tepi pantai.  Akak tak tau pun empunya hotel ni berbangsa India..jadi bila breakfast adalah capati dan tosei.  Di sini ada 3 hotel yang melambangkan satu malaysia. Satu kepunyaan orang Cina, satu orang India punya dan sebelahnya orang Melayu punya..
Happynya duk sini sebab dekat pantai...Boleh bervangan tenguk air laut, lepak tepi pantai, main pasir dan tenguk matahari terbenam..ala macam kat Bali tu
Happynya dpat bervangan jadi puteri macam cerita bawang putih bawang merah..sambil main buaian akak suruh ira nyanyi lagu fofolur dalam filem tu..laju buaiku laju..aku nak kawin dengan anak raja.. (mak dia bervangan)
Happynya bila bilik pun okey .. magic tak Ira..towel terbang kat depan dia
 
 kolam renang taklah besar mana..tapi anak-anak happy sebab tak ramai orang
 
Happynya dapat ke sini sebab boleh beli ikan masin yang segar..geram tul ..rasa cam nak beli semua..nasib baiklah ada tukang bagitau..jangan ikut nafsu..
ikan bilis memang baru punya..akak beli banyak sebab kat rumah ni penggemar sambal goreng ikan bilis campur tempe..sampai sekarang pun tak habis lagi
Happynya jika dapat meronda berdua dengan hb guna motosikal camni ..
happynya anak-anak sekolah ni...ashik berendam ajerlah kerjanya
 
hati berbunga-bunga dibuatnya..terasa semuanya indah belaka bila pergi bercuti sebegini

Isnin, Mac 26, 2012

Sukanya Anak-Anak Bercuti Ke Pulau Pangkor

Yang happy gi jejalan ataupun bercuti, mestilah anak-anak kan terutama yang masih bersekolah.  Kita yang dah tua ni kurang sikit rasa excited bila  dah  selalu naik feri dan puas berjalan-jalan.
Masa pegi ke Pulau Pangkor, kami tak dapat naik kat atas sebab feri kecik, tak tempat nak naik kat atas, budak-budak cuma boleh menikmati pemandangan di belakang feri ajer. 
Nasib baik masa nak balik semula ke Lumut kami dapat naik feri yang ada tempat duduk kat atas tapi akak dan suami tak naik,  yang naik anak-anak ajerlah. Kami duk berduaan kat dalam ajer.
First time Imran dan Ira merasai pengalaman menikmati pemandangan di luar feri , masa  ke langkawi mana nak rasa pengalaman macam ni.
bot nelayan sedang mencari rezeki
dari kejauhan ternampak Pulau Pangkor
 Ira pun happy sebab dia yang nak sangat tenguk Pulau Pangkor tu macamana.
tertunailah hasrat di hati Ira..
sebenarnya akak hadiahkan percutian ke sini dek kerana Ira telah berjaya dalam peperiksaan PMR tahun lepas.
Yang paling best sebab akak gunakan pendapatan dari hasil berblog 
100% untuk percutian kali ini 
Terima kasih Nuffnang.
selain dari itu akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak-anak terutama suami yang membenarkan akak berblog dan kerjasama dari mereka akak berjaya mendapat hasil dari berblog.
tanpa sokongan dari mereka akak tak akan berjaya.
terima kasih suami dan anak-anakku
Pulau Pangkor, memang indah...tempat yang sesuai untuk bercuti
Sekarang jeti di Lumut dah cantik, tak macam dulu tapi
Akak dan anak-anak memang tak puas hati dengan keadaan tandas di sini.  Dahlah di kenakan bayaran sebanyak 0.30 sen seorang, keadaan di dalam tandas memang tidak memuaskan. Memang menggelikan dan memang memerlukan penyelenggaraan yang sempurna.
cantik kannnnnn
 Jeti ini memang tempat tumpuan pelancong asing dan orangramai, bila tandas tidak di selenggara dengan baik, ianya agak memalukan kerana dah tentu akan menjadi satu isu yang akan di perkatakan  kepada teman-teman apabila mereka pulang ke sana semula.

Semuga pihak berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...