OOO

Selasa, Jun 05, 2012

Ikan Cencaru Sumbat Sambal



Kali ni guna sambal ikan bakar...sedap gak bagi anak tekak akak bila di sumbat dan di goreng.  Sambal ini lebihan dari sambal ikan bakar dalam kuali leper yang akak buat 4 hari lepas..sajer buat lebih pastu simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan utama
  • 6 ekor ikan cencaru-belah belakang
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak masak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumur ikan dengan kunyit dan garam dan sumbatkan sambal lalu di goreng garing dengan menggunakan minyak yang banyak.
8. Toskan bila dah masak dan makan bersama nasi panas.
layan habis
ulam raja dan kacang botol..fuh..

6 ulasan:

  1. mak aihh... sedapnya ikan nih

    BalasPadam
  2. ya ALLAH macam tak percaya jer. blogger otai cam akak datang komen blog jaa. hehe. peramah jugak akak ni yer. jaa pun 1st tinggal komen kat blog kat ina kelmarin. sebab selalunya jaa silent reader je....malu nak tegur. tengkiu akak!

    BalasPadam
  3. tengah telan air liur..huhu
    kalo saya buat kan, mesti tak brapa nak jadi..abis kuar semua sambalnya, cair ek??

    BalasPadam
  4. Sedapnyer.. dapat plak lawan ngan ulam ulaman...

    BalasPadam
  5. ermm byk btoi rencah2 dia eh kak..nti senang2 lov nk cube gak ikn jaket ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers