OOO

Memaparkan catatan dengan label ikan cencaru sumbat sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan cencaru sumbat sambal. Papar semua catatan

Selasa, Mei 27, 2014

Resepi Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal

Assalammualaikum
Bahan Utama
  • 5 ekor ikan cencaru di belah belakang.
Cara hendak membuatnya 
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang banyak


Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali) 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam. (Akak pakai f/p ajer)
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu. Kalau tangan tu power tak pijar ..guna ajer tangan.

Selasa, Jun 05, 2012

Ikan Cencaru Sumbat Sambal



Kali ni guna sambal ikan bakar...sedap gak bagi anak tekak akak bila di sumbat dan di goreng.  Sambal ini lebihan dari sambal ikan bakar dalam kuali leper yang akak buat 4 hari lepas..sajer buat lebih pastu simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan utama
  • 6 ekor ikan cencaru-belah belakang
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak masak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumur ikan dengan kunyit dan garam dan sumbatkan sambal lalu di goreng garing dengan menggunakan minyak yang banyak.
8. Toskan bila dah masak dan makan bersama nasi panas.
layan habis
ulam raja dan kacang botol..fuh..

Khamis, Julai 07, 2011

Resepi Ikan Cencaru Seksi [Belah belakang]

Akak pun gunakan nama yang di beri oleh Kak Hanieliza..seksi kan bila tenguk ikan di belah belakang camni. Selalunya akak suruh ajer tukang jual ikan tolong belahkan. Pisau kat umah akak ni tak tajam sangat. Sambal pulak akak pakai blender ajer tak kuasa nak tumbuk.

Bahan
  • 4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang],lumur dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • minyak secukupnya
Bahan Sambal/Mesin
  • 2 batang serai [racikkan]
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 tangkai cili merah
  • 2 sudu besar kelapa parut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan daun kunyit [mayang halus]
  • 3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]
Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit. 2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru menggunakan sudu.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua-dua belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...