OOO

Isnin, Jun 25, 2012

Lets 'Get Naked' With Dermalogica

 
Slogan kempen terbaru Dermalogica, Get Naked yang bermaksud kulit sihat tidak perlu di sembunyikan.  Event ini telah berlangsung di Map Publica pada 19hb. Jun yang lalu,

Kempen ini mengajak kita semua meraikan keaslian kulit tanpa memakai make up dengan membuang atau membersihkan lapisan solekan yang tebal dari segala kekotoran pada muka kita.  Di situ kami telah diberi peluang untuk menganalisis kulit kami..bestlah kan tak lah rasa boring nak tunggu.
Face Mapping
Dalam sessi analisis kulit di Skin Bar, kami telah berjumpa dengan pakar kulit profesional dengan  membahagikan muka kepada 14 zon kulit untuk mengenal pasti bahagian yang perlu di rawat.  
Disini kita akan diberitau samada kulit kita kering ataupun berminyak dan akan di sarankan penyelesaian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Rawatan Microzone pula kami telah di ajar cara-cara yang betul untuk merawat kulit bermula dari mencuci, membersih, semburan toner (paling best..bau pun wangi) dan memakai pelembab yang sesuai dengan kulit muka kami. 
Memandangkan setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, kami menjemput semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica di Naked Wheels Skin Bar kami bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik’ jelas Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi EIG Bhd, yang mengedarkan dan memasarkan produk Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara, Hong Kong  dan China Selatan dalam ucapannya pada pelancaran kempen tersebut.
Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah yang menyedari keadaan kulitnya yang sensitif telah memilih Dermalogica untuk mengekalkan kesihatan kulit wajahnya.

Ia membantu saya mendapatkan kelegaan pada kulit wajah, "ujarnya yang obses pada produk kecantikan berasakan bahan semulajadi.
 aiseyman Thanuja terkeluar dalam program MasterChef selebriti
Ratu cantik Thanuja Ananthan lebih menitik beratkan penggunaan asas yang betul.  Beliau percaya bahawa pembersih muka yang berkesan dapat memberi perubahan yang besar untuk kesihatan kulit beliau.

Saya suka pekerjaan saya, namun dengan jadual kerja yang ketat bagi penggambaran dan menjadi pengacara mewajibkan saya memakai solekan sepanjang hari.
Duta Dermalogica Joanne Yew, Thanuja, Farah Nabilah dan Steve bersama bloggers
Dengan itu, saya bergantung pada produk pembersih wajah untuk menghilangkan kotoran dari bahan kimia pada kulit saya dengan berkesan setiap malam,"katanya lagi.                                                                                                              
Jangan lupa layari laman www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan Naked Wheels ke kawasan berhampiran anda untuk mendapatkan bimbingan penjagaan untuk kulit anda.                                                                                                                                                                                                                                                                                   

10 ulasan:

  1. seronok nya ;),suke thanuja ceria :)

    ade kembar Anuja

    BalasPadam
  2. auww, tajuk tak menahan! eh, eh..thanuja mcm iras2 wife harith iskandar kan?

    BalasPadam
  3. hari tu nak try dermalogica...pergi yang dekat mines tuh, sgt frustrated ngan beautician dia.....tak sensitif langsung ngan isu agama...trus i reject dermalogica walau i tau product dia bagus......

    BalasPadam
  4. hari tu nak try dermalogica...pergi yang dekat mines tuh, sgt frustrated ngan beautician dia.....tak sensitif langsung ngan isu agama...trus i reject dermalogica walau i tau product dia bagus......

    BalasPadam
  5. seronoknya tengok kak inak kl... macam selebriti la plak bila bergambar sama...

    BalasPadam
  6. kihkihkih lov pn tkjot gak tgok tjok tu pd mulenyer.. lol

    bruntung la akak dpt cek kulet ngn pakar kn..

    BalasPadam
  7. bestnya... bila nak ada kat Perak yer....

    BalasPadam
  8. Farah Nabilah tu manis orangnya tpi pelakon ke? Tak kenal. Thanuja pun manis jugak....err err Kak Ina lagiiii manis :-)

    BalasPadam
  9. waahh akak bergambar ng tanuja :) suka tgk dia kt MC!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers