OOO

Jumaat, Julai 13, 2012

Roll Tuna Sandwich-Yana Nak Rasa


Anak perempuan akak Yana balik bercuti sebulan sementara nak tunggu tahun ke 4..berdebar-debar gak sebab tunggu keputusan tahun ke 3.  Akak doakan dia berjaya dengan cemerlang nanti.

Bila Yana nampak akak buat roll sandwich tuna ni dulu..dia cuma dapat telan air liur...al maklumlah jauh.  Yana ada sebut nak rasa roti ni.. ...  demi anak..akak buat lagi roti yang sedap ni.  BM pun dah lama tak bekerja. Tertunailah hasrat di hati Yana nak rasa roll tuna yang marvelous ni. Resepi akak ambil kat blog Mat Gebu kat  SINI

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (akak guna susu "nespry")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak suka sardin ayam brand)
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
 
  1. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. 
  
2. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
 
3.  Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
 

7 ulasan:

  1. senang rupanya nak buat. nnt nk try buat sendiri la! asyik beli aje heheh

    BalasPadam
  2. bruntung yana dpt mama yg rajen cm akak..agk2nya ank akak pun mzti pndai masak mcm mama dia kan <3

    BalasPadam
  3. karang buat dekat bukak puasa GTB

    BalasPadam
  4. Waaahhh sedapnyer... Untungnyer Yana.. :)

    BalasPadam
  5. waduh kak..dh berkurun kita simpan resipi roti cmg nih tp x terbuat2 lagi..kenen kakina punyer dulu 2 ketui ek!

    BalasPadam
  6. yummy2,rajin nti nak try :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers