OOO

Ahad, Julai 08, 2012

Sambal Kacang Panjang Bertempe Dengan Daging

Gambar blurr lah pulak...kamera ni dah ting tong gamaknya. Kami pernah makan lauk camni di sebuah restoran di Port Dickson tahun lepas.  Semua ashik kata sedap..akak pun cubalah buat kat rumah.  Kalau boleh guna daging batang pinang sebab ianya lembut.  

Kalau nak pedas , bolehla letak cili api sikit tapi kat umah akak tak leh masak pedas-pedas..nanti ashiklah berulang alik ke rumah kecik.  Kacang panjang pilihlah yang muda dan masak sekejap ajer sebab akak suka bila makan..grup grap grup grap..

Bahan-bahan
4 sudu makan cili kisar
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 bungkus tempe potong dadu
5-8 batang kacang panjang-potong  1 1/2 inci
100gm daging lembut-hiris nipis-nipis
garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak, goreng tempe sehingga kekuningan dan toskan.
2.  Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga lumat dan tumiskan sehingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga naik minyak.
4.  Masukkan daging dan kacau sehingga rata.
5.  Bila daging dah lembut, masukkan garam secukupnya bersama kacang panjang.
6.  Kacau lagi sehingga sebati dan bolehlah di angkat.

2 ulasan:

  1. Saya jawa, tapi tak masuk sangat dengan rasa tempe. Adoiiiiii, pengsan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers