OOO

Rabu, Ogos 08, 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 Shakiddo.Com

Contest  CERITA PUASA RAMADHAN 2012 Shakiddo.Com

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Ayah jomlah beli kasut dan baju melayu Imran..

Dari sebelum bulan puasa lagi, Imran sibuk ajak beli ayah dia gi..tapi hb akak sibuklah sebab kerja banyak dan kena kerja setiap hari Sabtu.  Akak malas nak belikan sebab tahun lepas akak belikan baju melayu warna biru dia tak berkenan..ceritanya kat SINI.

Imran sibuk pasal orang lain dah siap beli cuma dia dan Ira ajer yang belum lengkap lagi. Biasalah kanak-kanak ni, bagi mereka hari rayalah hari yang paling seronok sebab boleh makan minum sedap dan dapat duit raya.

Akhirnya hb ajak gi ke One Utama hari Ahad lepas. 

Fuhhh..ramai tul orang di JJ OU  ni, masing-masing sibuk gak nak beli itu dan ini cam Imran.  Akak tak suka suasana sesak camni dan gi keluar bila bulan puasa.  
 
Tapi dek suami ajak, semua ikut nak cari baju melayu Imran. Russhdi pun sibuk gak pilih baju melayu untuk Imran..untuk dia tak payah katanya..baju tahun lepas masih elok lagi.

Yana, Firdaus dan Ira pun sibuk tolong pilihkan.  
 Baru sorang tu..kalau anak berderet lagi gamat rasanya.
Kakak... Imran nak baju melayu warna hitam belang-belang...alahai Imran ni suka sangat pilih design belang camni.
Alahai sentenglah pulak..cari yang sesuai tak ada..akhirnya terpaksalah beli warna lain.
Inilah pilihan Imran, belang-belang halus gak tapi warna putih...tak habis-habis dengan belang.  Lepas tu gi cari kasut raya imran dan ira tapi kasut imran ni mahal sungguh.   Akak tak bagi beli , cuma beli kasut raya ira ajer.

Akhirnya kasut raya Imran berjaya di beli di Uptown Danau Kota pada malam tu juga tapi masih mahal bagi akak RM90.00 ...wah nak raya ni semua barang naik ek.  Tak kisahlah..janji tertunailah hasrat di hati Imran.

Entry ini adalah untuk penyertaan peraduan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com yang ditaja oleh shakiddo.com dan hazmanfadzil.com. Hadiah keseluruhan peraduan berjumlah RM200. Berminat? Sila lawat SINI YER

11 ulasan:

  1. setahun sekali kak.. untuk puaskan hati anak.. hehehe

    Mak kalau boleh semua yg anak nak akan diusahakan sampai dapat..betul kan kak.. samalah cam mak nurul.. alahai sedihnya..

    BalasPadam
  2. dah soping dah baju raya..ayu baju melayu jer belum setel2 lagi

    BalasPadam
  3. Mesti Imran happy sebab semua dok tolong pilih baju kat dia :)

    BalasPadam
  4. good luck kak ina....

    sonok nye shopping raya ngn anak-anak.

    BalasPadam
  5. bestnye shopping ramai2... sy selalu shopping sorang2 je..

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/curik-minum-air-teh.html

    BalasPadam
  6. Salam Ramadhan Kak Ina

    baju raya saya tak dapat lagi kak...

    BalasPadam
  7. cam saya pun tak de nak cari sangat shopping raya nie...lebih suka last minit sebab nak tunggu harga lelong...

    BalasPadam
  8. sronoknyer kak, kalo ayh tu biasalah tp kalo ibu tu biasanya slagi tdaya dia carik n blikan jgk utk ank..biapun dia xbeli apa2 utk hari raya bg dirinya..

    bsonyer pengorbanan seorg ibu..

    yg penting da tetunai hasrat ati imran, syok la dia ye siap abg n kakak tolong pilih sama..manjer nih ^^

    BalasPadam
  9. Bestnya shopping ramai2 ^_^ hee

    BalasPadam
  10. all the best kak ina :)

    sha pun dah belikan baju kurung utk damia..hehehe

    BalasPadam
  11. steady kak.. good luck yea..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers