OOO

Isnin, September 03, 2012

Bila Nyamuk Aedes Menganazz Lagi

Kisah anak mengidap demam denggi akak akan cerita dengan panjang lebar nanti.
Nilah akibat bila sesuatu kawasan perumahan di serang wabak denggi..DBKL datang kerumah buat kaji selidik ..fuhhh macam-macam yang di tanya oleh pegawai DBKL.

Setiap rumah di lorong rumah akak telah di periksa untuk mencari di manakah nyamuk aedes ni bersembunyi.  Akhirnya tempat persembunyiannya telah di jumpai dan telah di musnahkan...nasib baik bukan rumah akak ..Tuan rumah  bernasib baik tak di kenakan denda yang khabarnya ratusan ringgit kerana berkat bulan Ramadhan yang mulia.


Bermulalah semburan dijalankan pada awal pagi dan petang dengan mengambil kira masa kemuncak gigitan nyamuk Aedes dewasa dan keadaan cuaca yang sesuai  bagi menghapuskan nyamuk aedes tersebut... dan untuk mencegah  demam denggi dari melanda di kawasan ini ini semula. 
(semua gambar di ambil secara bersembunyi)

2 kes.....anak akaklah tu..nasib baik tak letak nama mereka berdua kat banner ini....ada 2 banner yang di gantung di area rumah akak..sebagai peringatan

14 ulasan:

  1. Bahaya kalau demam denggi.. demam dia naik mendadak..

    BalasPadam
  2. nyamuk ni memang bahaya kak.. sebab tu kalau ada tempat bertakung kena cepat2 kosongkan

    BalasPadam
  3. saya pernah kena demam denggi

    BalasPadam
  4. semoga cepat sembuh..kesian anak akak...

    BalasPadam
  5. kak ina, kawasan yang saya duduk ni pun memang kawasan wabak. kalau setakat kena demam denggi tu, dia orang akan sembur racun nyamuk dengan kerap. pagi2, ptg2. kalau ada kematian baru lah dia org= jab kesihatan together dgn mbsa, buat inerbiu, check sana sini dan sembur secara besar-besar, sampai masuk dlm rumah. sekian laporan saya.

    BalasPadam
  6. bahaya denggi ni boleh bwak maut..sedara dah 2 3 org kene demam denggi n mati sbb tu..moga dijauhkan anak2 akak

    BalasPadam
  7. Semoga Imran cepat sembuh.. Kasihan melihat anak kecil yang sakit.. Lepas ni, semua penduduk sekitar kena pastikan kawasan sekeliling bersih dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk AEDES.

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh..orang cakap kalau demam denggi, kena banyakkan minum 100 plus..Insya-Allah boleh cepat sembuh

    BalasPadam
  9. Kena check kat area rumah sendiri kan, nanti kita yg jadk pembawa kan dah susah..*peringatan utk diri sendiri*

    BalasPadam
  10. area rumah saya dan parents pun ada terbentang banner - Memang kena beringat selalu laaa

    BalasPadam
  11. Jiran saya kena denda RM500 bila pegawai Kesihatan menjumpai jejentik nyamuk aedes. Mereka nih terror jugalah tahu saja dimana jentik-jentik nih menyorok...mudah saja mereka tangkap..

    BalasPadam
  12. mudahan anak kak ina cepat sembuh. denggi memang cukup merisaukan terutamanya denggi berdarah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers