OOO

Jumaat, September 21, 2012

Cinnamon Pull Apart Bread Lagi

Terima buat semua teman-teman yang sudi sedekah Al Fatihah buat arwah abah akak yang telah meninggal dunia pada hari Rabu 19hb. September 2012 bersamaan 3 Zulkaedah 1433 Hijrah lebih kurang pukul 10.00 pagi yang lalu.  

Kenangan bersama abah memang sentiasa di dalam ingatan.  Insyallah akak akan buat N3 khusus untuk mengenang abah tersayang .  Al Fatihah.



Hidup perlu di teruskan.  Akak buat roti ni disebabkan nak habiskan stok tepung roti..akak buatlah cinnamon pull apart bread lagi sebab masa buat first time dulu Ira tak rasa.  Bila dah siap bakar..terus panggil Ira makan dulu.


Resepi asal dari  Joy the Baker ,


For the Dough (in BM)
2 3/4 cawan tepung roti dicampur dengan 2 sudu makan tepung gandum
1/4 cawan  gula castor
2 1/4 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu makan mentega (suhu bilik)
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cawan air 
2 biji telur (size A)-suhu bilik
1 sudu kecil esen vanilla


For the Filling
1 cawan  gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) -tak letk
4 sudu besar  butter - dicairkan sehingga menjadi brown
akak tambah-badam cincang yang telah di sangai

Kaedah Guna BreadMaker (BM)

Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa lebih kurang 1 1/2 jam.  Pastu baru keluarkan dan tumbuk doh untuk di buang angin.  Barulah boleh di bentuk.


Cara membuatnya (kaedah mengguli menggunakan tangan)
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cawan tepung, sugar, yis dan garam halus. Ketepikan
  2.  Pukul telur, ketepikan
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. 
  4. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  5. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. 
  6. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. 
  7. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (akak tak ikut pun step ni..terus ajer bakar)

*Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala didalam mangkuk.
Bila dah naik doh bahagikan kepada 2 bahagian.  Sapukan butter dan taburkan campuran yang bertanda * diatas. (kali ni akak campurkan butter dan semuanya baru sapu atas doh)
 
Akak buat style akak...Potong doh ikut kesesuaian dan tindankan seperti ini.   Akak buat dalam 8 lapisan.  Untuk doh ke dua pun buat macam ini juga.

Potong kecil dan susun dalam spring form cake tin yang telah di lenser dengan mentega dan biarkan doh naik 2 kali ganda..lebih kurang 45 minit .
 

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehlah dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F(175C) . Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
 
Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
Senang pakai spring form cake tin ini sebab boleh buka macam ni.  Memang sedap di makan panas-panas...tak sampai 1 jam semuanya selesai...seronok akak tenguk bila buat sekejapan habis.

6 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...