OOO

Isnin, Mei 21, 2012

SEDAPNYAAAAAA CINNAMON PULL APART BREAD INI

 Member masak memasak dah sibuk buat CPAB ni ..tapi akak buat derk ajer.  Semalam masa cari roti nak di makan waktu petang akak ternampak balik resepi ni kat blog dorang.  Fuhh langsung terkena virus R.  Nak buat roti kena ambil masa yang agak lama sebab nak perap, tunggu doh naik, bentukkan pastu naikkan lagi doh barulah boleh di bakar.  Makan masa dekat 3 jam gak nak merasa.

 ruper cam kek pun ado ni
Resepi asal dari  Joy the Baker , tapi ada yang dah di translate. Bila bakar roti ni memang semerbak bau serbuk kayu manis/cinnammon ..kami memang sukakkan bauan camni di campur pulak dengan gula perang dan cincangan badam yang telah di bakar..

fuh yoooo dah siap bakar kami tak tunggu sejuk terus ajer makan panas-panas...terutama bila hb akak puji.....memang mantap ..sedap..enak...memang rugi kalau tak membuatnya.

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
Source : K.Nor


For the Dough (in BM)
2 3/4 cawan tepung roti dicampur dengan 2 sudu makan tepung gandum
1/4 cawan  gula kasar-akak guna gula castor
2 1/4 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu makan mentega (suhu bilik)
1/3 cup susu penuh krim- akak guna susu sejat ideal
1/4 cawan air 
2 biji telur (size A)-suhu bilik
1 sudu kecil Vanilla extract-akak guna esen vanilla


For the Filling
1 cawan  gula kasar-akak tukar gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) 
4 sudu besar  butter - dicairkan sehingga menjadi brown
akak tambah-badam cincang yang telah di sangai


Akak guna BM jadi akak ikut cara Nor
* Kaedah .Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa. Pastu baru di bentukkan.
sebelum doh naik selepas di bentuk ..akak taburkan lebihan campuran gula perang, cinnamon powder dan badam kat atas doh dan juga di celah-celah doh

Cara membuatnya (kaedah mengguli menggunakan tangan)
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cawan tepung, sugar, yis dan garam halus. Ketepikan
  2.  Pukul telur, ketepikan
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. 
  4. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  5. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. 
  6. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. 
  7. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
 
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (akak tak ikut pun step ni..terus ajer bakar)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit.
akak guna loyang camni..senang ajerk nak keluarkan 
tak yah guna pisau ataupun di lumur dgn mentega

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
Mula-mula potong dengan pisau..lepas tu tak payah sebab cuma tarik ajer ikut slice demi slice..

13 ulasan:

  1. teringin nya nak rasa.mesti sedap ni.aishh..bila la virus R saya nk dtg ni..sebab saya suka cinnamon..

    BalasPadam
  2. grrr.. nak gak!! akak buat lagi kak, antar ke rumah saya.. hikhikhik....


    xoxo!
    www.rabiatuladawiyah.com

    BalasPadam
  3. aduhduhduh..syoknyer kak, akak xnk pek2 kan comei2 patu post kt kami ke? huahahaha

    ps : kalo dok dkt umah akak ni hbs da lov serbu.. hehh.. -wt muke xmalu-

    BalasPadam
  4. Seyes kak, memang nampak sangat menyelerakan.. ;)

    Nnti bila terasa nak buat boleh cari kak ina :)

    BalasPadam
  5. Monkey Bread ke akak?
    Dah dpt bayangkan betapa sedapnya badam tu..

    BalasPadam
  6. TQ kak Ina kerana singgah blog saya tadi dan komen. Ramai jugak yg guna blog saya sebagai reference bila dia orang turun JB. Ada yg call lagi nak confirm address sebab tak jumpa restoren hehehe

    BalasPadam
  7. saya suka makan cinnamon roll kat the mall tu. mesti sedap ni. nak jugak kak :)

    BalasPadam
  8. Wah k.ina menggoda btl ni... Nnti nk try la..

    BalasPadam
  9. nampak menarik roti nih

    BalasPadam
  10. fuhh sedap sedap sungguh resepi kak ina

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers