OOO

Rabu, September 05, 2012

Fenomena Adam & Hawa


Wah dah jadi fenomena pula drama bersiri Adam & Hawa ni ek... sampai akak terkena virusnya....tapi akak baru tenguk episod ke 6 di tv ajer.  Akak dah pernah baca novel Adam & Hawa ni tapi dah tak berapa ingat jalan ceritanya sebab dah lama sangat....pinjam pulak  kat Perpustakaan Negara kenalah pulang balik kan.. 

Akak memang suka layan cerita romantis camni..tapi bukan semua drama romantis akak layan tau...sebab kadang-kadang ada drama romantis yang kena dengan jiwa akak sebab jiwa akak bukan jiwa  rock kapak..


Puas cari di youtube nak tenguk episod 1 hingga 5 dan akhirnya jumpa di SINI..Drama bersiri sebanyak 80 episod adalah terbitan Global Station Sdn Bhd yang di adaptasi dari novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea terbitan Alaf 21 telah pun menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif hanya di saluran 134.


Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Sape peminat Aaron mesti tak melepaskan peluang menonton drama ini..lakonan beliau memang best seperti gak seperti  dalam filem Ombak Rindu.

Lakonan Nadiya Nissa yang berumur 27 tak usah di pertikaikan lagi sebab beliau pernah berlakon dalam filem Cun (ala jadi budak tak cukup akal tu), suka tenguk gak macam telatah dia cam kebudak-budakan....al maklumlah budak baru lepas habis sekolah.

Beliau juga telah menamatkan tugasnya sebagai pegawai perhubungan awan di sebuah jabatan kerajaan dan ingin memberikan fokus kepada bidang lakonan.

Jom baca sinopsisnya..
 
Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.


Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya apabila  Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

 
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

 
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.


Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

 Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

p/s Jangan lupa komen kat bawah N3 Idea Menikmati Susu-Pastry Puff
untuk memenangi RM10.00 untuk 2 orang pengomen terbaik.
 

15 ulasan:

  1. hihihihi..tgh follow cerita ni sbb ada aaron aziz!! hahaha

    BalasPadam
  2. Dia bawak watak gadis umur 17 tahun? Tak sesuai sgt la. Sbb airmuka dia jelas nampak tua. Oopss.. Marah plak org lain kang.

    BalasPadam
  3. Myra 1st episod dulu layan macam tak best lepas tu terus tak layan, pastu ari Ahad ada ulangan 4 episod sekaligus layan terus melekat ha :)

    BalasPadam
  4. ermp kalo ikot novel tu, crite ni mmg best.. n aisya sofea mmg pnules novel yg baek n bestttt

    BalasPadam
  5. hehe...dayah pun syok layan cerita nih...setakat nih tak mengecewakan.. jalan cerita mirip dengan novel..
    :)

    BalasPadam
  6. tak penah lagi layan drama nie di TV tp novel dia memang best..berulang kali baca.

    BalasPadam
  7. Novel Adam & Hawa x pernah baca. takut nk baca sbb nnt bole jadi bengang cam cite Bicara Hati..so saya layan dulu cite ni kat tv...tambah2 ade pvr, mmg syiok ari2 bole ulang2 tgk..hehe :)

    BalasPadam
  8. Sedang berkira2 untuk membeli novel ni. ye la nak tunggu 80 episod jenuh tu.

    BalasPadam
  9. alamak kak ina, tadi dah terkomen x best punya utk entry susu pastry tu... saya belum baca lagi novel adam dan hawa ni tapi dah jumpa penulis nya yang comel lagi lote itu...

    BalasPadam
  10. huhu... Sy record je... Time free baru tgok.. Nnti encik suami perleceh, eleh...layan jiwang lak... Hikhik... Time dia g keje, ley la layan..kikiki

    BalasPadam
  11. Nurul pun dah jatuh cinta ngan Adam Hawa ni.. :)

    BalasPadam
  12. follow citer tu kat sini sis....tiap hari akan update citer terbaru ---> http://www.malaymoviesfull.net/search/label/Adam%20dan%20Hawa%20%28Drama%29

    kalau xleh bukak, ikut step kat blog sy --->> http://ylina.blogspot.com/2012/09/fenomena-drama-adam-hawa.html

    sy pun dh jatuh cinta ngan citer ni...

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. secara tidak sengaja aku membeli novel ini.. pada awl memg agak xmenarik minat aku ingin membaca..lama kelamaan watak Am meresap dihati aku..nak atau tidak aku kena habiskan jua apakah Ain akan menerima Aku semula hehehe... skrang drama plak so xpayah la aku nk byangkan apa yg diceritakan oleh penulis.. terbaik untuk ADAM & HAWA

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers