Khamis, September 06, 2012

Idea Menikmati Susu-Pastry Puff

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Salah satu cara supaya anak-anak suka menikmati susu adalah dengan membuat pelbagai variasi supaya anak-anak tertarik untuk mencubanya. Salah satu ideanya adalah dengan membuat Pastry Puff yang menggunakan Susu UHT Penuh Krim Dutch Lady.

Bahan Cream Puff:-
  • 100 gm mentega
  • 250 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 150 gm tepung gandum, diayak
  • 3 biji telur gred A
Bahan Pastry Cream :-)
  • 300 gm Susu UHT Penuh Krim Dutch Lady (panaskan hingga suam)
  • 3 kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega
Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
   
4.  Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.  
 
5.  Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan pastry cream...
UNTUK PASTRY CREAM :-
1. Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata.
2. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat.
 

3. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu.
4. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.


Idea ini saya telah hantar di FB Nikmati Susu Dalam 21 Hari  
Senang ajer cara nak share idea ini.  Cuma masukkan gambar, bahan-bahan yang di gunakan dan juga cara membuatnya.

Kemudian isi butir-butir diri dan klik HANTAR..senang bukan.
Jika anda ada idea untuk menikmati susu anda boleh hantar sekarang juga. 

Jika idea anda terpilih, anda boleh memenangi hadiah RM200.00.  Senang bukan, jangan lupa menjemput rakan-rakan anda juga. Mana tau ada tuah anda nanti.  

18 ulasan:

  1. uiii..nmpk menyelerakan la...
    dayah tak pandai buat puff2 nih..

    nanti nak try la..
    macam mudah...hik..hik..
    (tapi tak tau la cemana bila dah mula buat nanti..hehe..)

    BalasPadam
  2. Adeh sedapnya cream puff ni kak, dah lama tak makan.. :)
    Dah la memang minat kuih ni ;)

    **Myra panggil pastry puff ;)**

    BalasPadam
  3. tq tq.. moga kak ina menang nanti..!!

    BalasPadam
  4. sedaplah kak, inti dia kalo pakai susu tu mmg sedap..

    ari tu lov buat tp xpanaskan susu pasal tu xbrapa nk mjadi kot eh?

    BalasPadam
  5. macam menarik jer pastry puff tue.. pes time nie dengar org guna susu UHT..

    Ke hulu ke hilir dengan Usu,
    Sambil membawa tukul dan pahat,
    Jika suka minum susu,
    Tulang kuat badan bertambah sihat.

    BalasPadam
  6. dolu2 masa time blajar pernah buat, kat umah xpandai nk buat pasal xde oven/mikrowave...baru2 ni makan kat umah terbuka kawan suami..sedap sgt..tp dpt yg dh sejuk..klau makan panas2..tentu sedap kan.. i loike :)

    BalasPadam
  7. Kak ina,kalau nak share kat FB tu mesti pasal susu dutch lady je lah ek?

    BalasPadam
  8. betul tu KakNi (CikNi Ahni) mana leh susu lain

    BalasPadam
  9. buat waktu study dlu he sbb dlm silibus..hehe..

    BalasPadam
  10. FUUUU...macam sedap! Kalau buat pakai susu UHT mesti rasa berkrim kan kak ina! Patut cuba bile rajen ni;p
    Thank you untuk resepi kak ina!

    BalasPadam
  11. perghhh..dapnyer kak inaa..selamat hari raya maaf zahir batin wat kak ina sekeluarga ye!

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kak ina...sedapnya terliur tengok...:)

    BalasPadam
  13. nampak susah juga nak buatnya, tapi pasti lagi susah lagi sodap.

    BalasPadam
  14. sedapnya cream puff apatah lagi dgn susu UHT dutch & lady ye

    BalasPadam
  15. puf tu lembut atau kras??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers