48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.
Salah satu cara supaya anak-anak suka menikmati susu adalah dengan membuat pelbagai variasi supaya anak-anak tertarik untuk mencubanya. Salah satu ideanya adalah dengan membuat Pastry Puff yang menggunakan Susu UHT Penuh Krim Dutch Lady.
Bahan Cream Puff:-
- 100 gm mentega
- 250 ml air
- 1/2 camca teh garam
- 150 gm tepung gandum, diayak
- 3 biji telur gred A
Bahan Pastry Cream :-)
- 300 gm Susu UHT Penuh Krim Dutch Lady (panaskan hingga suam)
- 3 kuning telur
- 50 g gula halus
- 20 g tepung gandum*
- 20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
- 1 1/2 camca teh esen vanilla
- 1 camca besar mentega
Cara membuatnya:-
- Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
- Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
- Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping
beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk
siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga
kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan pastry cream...
UNTUK PASTRY CREAM :-
1. Satukan kuning telur dan gula, kacau
dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat
hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata.
2. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat.
3. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu.
4. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
2. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat.
3. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu.
4. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
Idea ini saya telah hantar di FB Nikmati Susu Dalam 21 Hari
Senang ajer cara nak share idea ini. Cuma masukkan gambar, bahan-bahan yang di gunakan dan juga cara membuatnya.
Kemudian isi butir-butir diri dan klik HANTAR..senang bukan.
Jika anda ada idea untuk menikmati susu
anda boleh hantar sekarang juga.
Jika idea anda terpilih, anda boleh memenangi hadiah RM200.00. Senang bukan, jangan lupa menjemput rakan-rakan anda juga. Mana tau ada tuah anda nanti.








