OOO

Jumaat, September 14, 2012

Ikan Percik Yang Sedap

Assalammualaikum

Buat lagi ikan percik..kali ini guna ikan cencaru..akak masuk dalam oven ajer. Sedap lagi kalau dibakar atas arang membara tapi apakan daya tak rajin nak bakaq aranglah.  Makan panas-panas pun sodap

Bahan-bahan: 
4 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.


Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

9 ulasan:

  1. hye.... kalau la saya nie jenis rajin, dah lama saya try... tapi malangnya saya nie xxxx... hhuhuhu... tgk pun dah kenyang

    BalasPadam
  2. bakar bakar ni kalau bakar dalam daun pisang paling sedap kan kak..tapi kalau dah takde tu dapat aluminium foil pun da cukup ohsem..

    BalasPadam
  3. Aduhai kak..tengok gambar ni sedap betul. Nak cuba lah resipi ni. Selalunya takpernah letak tepung beras..apa fungsi nya? memekat kan eh?

    BalasPadam
  4. belom pernah try bakar ikan dlm oven...ada peluang nk try juga lah...

    BalasPadam
  5. Oo kna letak santan eh k ina.., belum pnh buat lg...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kak ina...sedapnya tengok ikan percik tu...:)

    BalasPadam
  7. bahan2 nyer yang simple2 je, boleh try lah, thanks kak ina for sharing

    BalasPadam
  8. org tganu kata nissang (s ada sabdu gitu)..ore kelate maybe kata nise..hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...