OOO

Selasa, September 04, 2012

Nasi Goreng Kampung



 
Kadang-kadang nak masak tak ada mood..tapi ada yang nak makan ..terpaksalah buat nasi goreng.  Salah satu kegemaran anak-anak ialah nasi goreng kampung.  Kalau nak beli sekarang ni satu bungkus dalam RM4.00-RM5.00 sebungkus..kalau sorang tak apalah..kalau anak lelaki 3 orang campur ayahnya...dah berapa hinggit.  Baik masak nasi dan buat kat umah kannnnn
 

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
2 tangkai sayur kangkung-potong
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa 

sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
ikan bilis goreng
daun sup/daun bawang-hiris halus

bahan tumbuk
3 biji bawang putih 
3 biji bawang merah
10-15 biji cili api--klu nak kaw buh lebih
segengam ikan bilis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan sayur kangkung dan kacau lagi.
3. Masukkan nasi, sos tiram, garam dan kicap cair.  Bila dah kacau sebati tabur  serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan kacau sentiasa  sehingga nasi garing dengan api yang kuat.
4.  Akhir sekali letak telur di tengah-tengah nasi dengan sedikit minyak dan kacau lagi sehingga rata.
5. Angkat dan taburkan daun sup/daun bawang , bawang goreng dan ikan bilis goreng

15 ulasan:

  1. memang sedap nasi goreng kg,pia xsuke daun ketumbar

    BalasPadam
  2. sedapnyer....
    pg ni pon lya mkn nasi goreng ayam

    BalasPadam
  3. menu berbuka puase smlm nih...puas hati...eheheh

    BalasPadam
  4. memang sedap nasi goreng kampung ni ;D hee

    BalasPadam
  5. feberet ijah nasi goreng kampung mkn sekali dgn sambal belacan! nyumsss

    BalasPadam
  6. kalu stakat nsi goreng,mihun goreng mcm tak berbaloi mkn kat luar, mahal,baik masak sendiri kat umah kan kak...

    BalasPadam
  7. KAK nasi goreng kg campuq belacan sedap tau

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa tgk nasi goreng kampung Kak Ina tuh.. Mmg feveret saya tuh.. :)

    BalasPadam
  9. Salam K.ina.Kat umah atie pon klu masak nasi goreng kg...mesti tambah ciliapi byk2..kasi pedas!Lg sedap mkn...

    BalasPadam
  10. Nuurl suka.. kalau nak lagi sedap makan ngan cili potong.. errrmmm sedapnyer..

    BalasPadam
  11. Suke sangat nasi goreng nih...tapi tak suke ikan bilis goreng tu...sakit gigi..maklumlah gigi dah tua...he he he

    BalasPadam
  12. Saye suka ikan bilis sbb tu saye suka nasi goreng kg..org kg la katakan..hehe

    BalasPadam
  13. fuh menu terbaek dlm ujan2 ni ..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers