OOO

Selasa, September 04, 2012

Posing Di Air Terjun Lembah Anai-Tanah Datar

Terlupa nak buat N3 pasal ni....ambik gambar macam nak rak..kalau tak pot pet pot pet macam tak lengkaplah pula cerita akak gi jejalan kat Padang berbulan-bulan yang lepas.  Bukan senang nak pi lagi..kannnn.  

Orang Padang biasa memanggilnya dengan Aia Tajun atau Aia Mancua Lembah Anai.  Air terjun ini berketinggian sekitar 35 meter ini merupakan bagian dari aliran Sungai Batang Lurah Dalam dari Gunung Singgalang yang menuju daerah patahan Anai.

 
Hari terakhir kami di Padang baru kami singgah di Air Terjun Lembah Alai..orang kata gi Padang tak singgah kat sini, kira cam tak lengkaplah jejalan kat sini.  Masa sampai kami tak singgah sebab masing-masing kelaparan..al maklumlah naik flight awal pagi..cuma sempat pekena breakfast MD di LCCT.
 
Posing dulu kat bawah..Untuk memasuki kawasan air terjun Lembah Anai pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak  Rp1500,00 per orang.
Chewah..dapat pegang batu pun jadilah..pasal suami tak ikut kali ini.  Lembah Anai merupakan sebuah air terjun setinggi kira-kira 30 meter terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Lebih tepat , Lembah Anai terletak di antara Kota Padang dengan Bukittinggi di Indonesia
 
Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan kereta api lama yang tidak lagi digunakan.   Kalau nak ambik gambar memang kena berhati-hati..takut jatuh.
 Kalau sampai kat sini nak suruh jurukamera tempatan ambik gambar pun boleh tapi kenalah pandai tawar menawar.
Kalaulah dapat mandi..alangkah segarnya
Disekitar Lembah Anai terdapat berbagai kemudahan seperti warung yang terdapat di sepanjang jalan yang menyajikan aneka makanan dan minuman, untuk dimakan di tempat atau di bawa pulang sebagai buah tangan khas Sumatera Barat. 
Sumber : SINI
Member posing kat tangga sebelum pulang.  Dari sini kami ke Padang pula nak tenguk-tenguk dan nak habiskan Rp yang ada...tungguuu yer

7 ulasan:

  1. posing jer kak..
    x mandi manda dulu? hehhe

    BalasPadam
  2. Posing sahaja kak? Kenapa tidak mandi? :-)

    BalasPadam
  3. cantik suasana tempat dia.. Napa akak tak terjun tiruk.. hehehe

    BalasPadam
  4. wo... kak ina gi jalan2 'bujang' je ek....

    BalasPadam
  5. saya pernah sampai tempat yg cantik dan nyaman udaranya....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers