OOO

Selasa, Oktober 02, 2012

Bila Syarikat Pelaburan Emas Di Serbu Bank Negara

Tajuk berita yang membuatkan semua pelabur yang melabur di sini..fening kepala..

Jadi berita hangat hari ini sebab masuk paper dan tv kerana Bank Negara Malaysia (BNM) serbu lagi syarikat pelaburan emas tanpa kebenaran . Genneva Malaysia Management yang menguruskan jual beli emas di serbu oleh pihak BNM sebab mengambil wang tanpa kebenaran. 

Syarikat ini khabarnya pernah di serbu dulu pada tahun 2009 tapi dah tukar nama lain dan beroperasi semula dan di Singapura pun ada cawangannya. Jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).  Bukan saja di serbu oleh Bank Negara tapi juga di serbu oleh pelabur-pelabur yang tak puas hati.


Memo dari pihak pengurusan Genneva:-
Sumber  dari Hmetro:
KUALA LUMPUR: Lebih 100 perunding dan pembeli emas berhimpun di depan sebuah syarikat memperdagang emas di Kuchai Lama, di sini, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu premis itu, semalam.

Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.
Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.

“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.
“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.

Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.

Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Seorang perunding emas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, 50, berkata, mereka dijangka memperoleh emas yang dibeli dua minggu lalu esok (hari ini).
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.

Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.


p/s Memang dulu pernah teringin nak masuk pelaburan emas tapi bukan syarikat ini..tapi setelah meminta pendapat yang arif akak batalkan hasrat akak itu.

Lebih baik akak simpan sedikit demi sedikit, lelama jadi bukit daripada pinjam kat bank..nanti lagi pening kepala nak bayar setiap bulan.

Tentu sape yang buat pinjaman dan beli emas kat syarikat ini pening kepala..tidur tak lena ..mandi tak basah bila dah jadi camni.  Ada ker yang terkena?

 

18 ulasan:

  1. Pelaburan dengan meminjam adalah cara yg salah ...biar melabur sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit. contoh ada yg beli cincin belah rotan sebulan satu kalau 12 bulan dah 12 kalau 10 tahun dah berapa n emas naik 20% setahun ...rasanya tak membebankan.

    BalasPadam
  2. Sendiri mau check sebelum melabur. Lagi satu emas ni ada naik turun juga, bukannya naik sepanjang zaman.

    BalasPadam
  3. ukhh ..baik kita beli MAS916 je kak ... heheeh

    BalasPadam
  4. Kesian pada yg terkena.. mmg kena berhati hati dunia skrg nih.. (nasib baik Dyh xbyk duit.. ckp Mkn Pakai simpan sikit sikit je..)

    BalasPadam
  5. siapa yang terkena memang tak lena tidur dibuatnya..

    BalasPadam
  6. Nak melabur emas tak salah, yg penting kita selidik dulu adakah syarikat tersebut berdaftar dengan SSM @ tak kemudian baru boleh ambil tindakan selanjutnya :)

    BalasPadam
  7. setuju dengan akak! beli cincin belah rotan tiap tiap bulan..setahun dah dapat berapa? waaaah...untung..untung...

    BalasPadam
  8. a'a la kak.. baik beli rantai n gelang emas tu.. kira pelaburan gak tu..

    BalasPadam
  9. Ada jugak sorang kawan saya yg update status kat FB semalam pasal kerugian dia. Dia kata gaji 2 tahun jugak dia rugi. Saya pun lagi rela beli sikit2. Biar takde attach dengan mana2 pihak. Setuju dgn just azura, beli cincin belah rotan atau loket tiap2 bulan. Nanti lama2 banyak la.

    BalasPadam
  10. bru nk join, tbe2 kuar berita pasal ni lak... nasib baik..

    *first time singgah sini :)

    BalasPadam
  11. Satu soalan, kenapa BNM buat serbuan dan segala rampasan tu?

    dan yang penting juga kita sebagai orang umum nak tau, apa laporan hasil "siasatan" yang dijalankan,, kekadang sampai makan tahun xde pape komen dari BNM

    dan yang paling penting, cara bnm tu macam saja jer nak makan duit rakyat, sbb jalan yang terbaik adalah bagi dulu amaran dan pelabur boleh mengambil balik dulu pelaburannya.

    just my personal oppinion

    BalasPadam
  12. takutnya...patut pun org zaman dolu beli gelang cincin rantai je banyak2..boleh pakai dan jual..kan?

    BalasPadam
  13. memang pun, BNM saje tunggu amount pelabur banyak berbilion2 pastu rampaslah.. klu betul BNM nk jage rakyat serbu awal2..

    BalasPadam
  14. klu bnm bgtaw awal2 dah tentulah kepale penipu cabut lari dlu..papepun takziah pada yg terlibat..

    BalasPadam
  15. Bank negara dh buat pengumuman tentang 72 sykt yg tidak sah menjalankan perniagaan di malaysia.jd tolong alert menda nie.sykt ni mmg tersenarai.lgpun pelaburan yg menyebabkan duit di trf ke luar negara byk bersangkutan dgn AMLA.so hati2.....

    BalasPadam
  16. syarikat emas nih dah buat poket bank2 komersial yang lain di malaysia semakin tipis.mane xnyer public semua withdraw savings dalam bank nak beli emas.walaupun syarikat emas jual pada harga premium orang masih nak.panjang nak crita tapi,kalau syarikat nih betul boleh penuhi pulangan yang mereka janjikan.dan memang setakat nih mereka tunaikan.ALamatnyer Sume bank kat malaysia nih.Gulung tikar ataupun untung sikit2 aje la.

    BalasPadam
  17. Senang nak telan duit berbillion hasil titik peluh..ape ada hal..org beli emas sume bank2 tergolek..sistem kapitalis lebur..itu je reason..bank byk mkn riba..at least pulangkn duit pelabur segera

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers