Jadi berita hangat hari ini sebab masuk paper dan tv kerana Bank Negara Malaysia (BNM) serbu lagi syarikat pelaburan emas tanpa kebenaran . Genneva Malaysia Management yang menguruskan jual beli emas di serbu oleh pihak BNM sebab mengambil wang tanpa kebenaran.
Syarikat ini khabarnya pernah di serbu dulu pada tahun 2009 tapi dah tukar nama lain dan beroperasi semula dan di Singapura pun ada cawangannya. Jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). Bukan saja di serbu oleh Bank Negara tapi juga di serbu oleh pelabur-pelabur yang tak puas hati.
Memo dari pihak pengurusan Genneva:-
Sumber dari Hmetro:
KUALA LUMPUR: Lebih 100 perunding dan pembeli emas berhimpun di depan sebuah syarikat memperdagang emas di Kuchai Lama, di sini, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu premis itu, semalam.
Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.
Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.
“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.
Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.
Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Seorang perunding emas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, 50, berkata, mereka dijangka memperoleh emas yang dibeli dua minggu lalu esok (hari ini).
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.
Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.
p/s Memang dulu pernah teringin nak masuk pelaburan emas tapi bukan syarikat ini..tapi setelah meminta pendapat yang arif akak batalkan hasrat akak itu.
Lebih baik akak simpan sedikit demi sedikit, lelama jadi bukit daripada pinjam kat bank..nanti lagi pening kepala nak bayar setiap bulan.
Tentu sape yang buat pinjaman dan beli emas kat syarikat ini pening kepala..tidur tak lena ..mandi tak basah bila dah jadi camni. Ada ker yang terkena?
