Selasa, November 20, 2012

Burger Bakar BBS lah pulak

Assalammualaikum
Dah lama perati burger bakar bbs kat Rawang ni..tapi kalau lalu selalunya tak buka lagi.  Bila ambil anak akak dah dekat pukul 6.00 petang kami gi singgah nak rasa apakah yang best tentang burger BBS (tak taulah pulak BBS ni maksudnya apa)  ni pula.  Akak dah pernah dah rasa burger bakar kaw-kaw di wangsa maju.


 harumnya bau burger homemadi ni bila di bakar..tak sabar nak rasa
 Akak ambil burger bakar ayam cheese..sama gak dgn hb
 hanya menggunakan bahan  segar,terbaik dari ladang..katanya..
yang buat lain dari burger bakar kaw-kaw sebab ada potongan nenas kat bawah
 hanya menggunakan daging segar..puas hati sebab burger bakar dagingnya memang mantopsss
Kenyang makan sebiji..cuma komen sikit..tak payah bagi garpu plastik, tapi gantikan dengan pisau sebab nak potong burger ni payah sikit kalau cuma gunakan garpu..kalau ada pisau plastik boleh potong cebisan kecil sebelum di masuk ke dalam mulut.  Buruk bebeno nak terus makan camtu...lagipun mana muat kan nak terus masuk mulut.

 
 Harga pada bulan November 2012
Model yang ingin di ambil gambar..ha ha ha mak dia peduli apa..blogger mestilah nak selitkan gambar anak..nasib baiklah orang tak ramai lagi sebab baru buka...khabarnya lepas maghrib kena beratur panjng.
Lokasi berhampiran Masjid Jamek Rawang..lepas dari Tesco Rawang kalau dari Kuala Lumpur..kena u turn menghala semula ke KL.  Tak jumpa call ek no tu

Tahniah sekali lagi buat bumiputra yang berjaya seperti mereka.  Jaga kualiti dan lebihkan senyuman bila berniaga.

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    belum mencuba lagi

    BalasPadam
  2. haaaa...nanti gi rawang nak try lah...masuk satu agenda...

    BalasPadam
  3. aduhhh sedapnyer beger kak, lg2 bakau punyer kan.. slalu da dgr n bca psl bege bakau ni..tp xpena2 dpt mrasa coz sume jao2..T_T

    BalasPadam
  4. Salam kunjung ziarah kak ina ^^
    tebal betul berger tuu.. kalau tun kene kongsi ngan geng baru habis nih.. nnti blk semenanjung nk gi cari lah.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakina...sedapnya mcm nak cuba juga nanti...:)

    BalasPadam
  6. klu x silap bbs tu bandar baru selayang.mmg ada gerai dia kt bbs tu

    BalasPadam
  7. burger bakar nie sedap dengan daging tapi saya lebih suka ayam....

    BalasPadam
  8. popular betul burger bakar nikan.ada dimana2 dengan macam2 jenama..:)

    BalasPadam
  9. yumm memang nampak menyelerakan burger tu

    BalasPadam
  10. salam kak ina..kat sri gombak dpn 7 eleven ada stall burger,burger dia pun letak nenas juga...blom pernah try lg burger bakar ni...

    BalasPadam
  11. patutlah nampak familiar .. dah dekat bebenar dgn rumah saya. BBS tu refer to Bandar Baru Selayang kalau tak silap, sebab dekat bandar baru selayang ada satu kedai burger dekat dengan stadium kalau tak silap ..

    BalasPadam
  12. pehh, geram plak tengok berger bakar tu.

    BalasPadam
  13. Doktor Makanan7 Mac 2013 10:54 PTG

    apa pendapat anda tentang makanan yang di bakar?
    adakah tergolong dalam makanan sihat?
    cuma mahu berkongsi info kesihatan,jom komen..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers