OOO

Sabtu, Disember 29, 2012

Mencari Madu Di Cameron Highland

Assalammualaikum 

Wah merudum trafik bulan Disember ni..semua sibuk bercuti dan sibuk gi kenduri kawin di sana sini.  Tapi tak apalah kan..janji ada gak yang sudi berkunjung ke blog akak dan baca N3.
Dek sebab suami dan anak-anak suka sangat makan madu di Pasar Malam Brinchang
suami akak nak cari madu untuk dibawa pulang sebab semua orang tau madu kan banyak khasiatnya.
Mula-mula kami ke Ee Feng Gu Honey Bee Farm di  Brinchang.

Kat sini senang parking tapi tak larat nak turun kat bawah.  Anak-anak akak ajer yang turun.

 Tapi mereka cuma turun separuh jalan...alasannya takut 
kena sengat dek lebah..sabar ajerlah
Kat sini ada gak di jual buah-buahan dan sayuran..harga akak tak taulah sebab akak tenguk dari atas sajer.  Tapi sayangnya sarang lebah dan madu yang di cari tak ada stok...kami cuma beli Crystalized Honey sajer.

Ee Feng Gu Honey Bee Farm  terletak di  75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.

Pastu kami ke Tringkap Bee Farm pula

 Kat sini ada pameran tentang lebah
sarang lebah
lebah liar
lebah kelulut yang di katakan baik untuk pesakit kencing manis
 dan darah tinggi
Akhirnya kami jumpa gak madu dengan sarang lebah yang tutup biru tu..beza tau rasa madu dalam sarang dan madu yang kami beli mula-mula tu...harga pun jauh sangat bezanya.  
 nanti dah habis madu tutup biru..tuang madu tutup merah pula 
 
Suami kata tak perlah sebab nak bagi Imran minum madu nak hilangkan batuk. Tertunai gak hasrat dihati nak cari madu yang ada sarang.

Terletak di Lot F121
Jalan Besar Tringkap
39010 Cameron Highland
Tel: 054961048


15 ulasan:

  1. Balasan
    1. betul sharinginfoz
      terutama untuk anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting

      Padam
  2. Madu Giant B ni bukan dekat Melaka tu ke kak? Apa khasiat madu tutup biru tu? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak tau pun Giant B ni ada kat Melaka.
      Madu tutup biru tu pure..tak ada campuran apa-apa
      yang buat mahal sebab madu msh dalam sarang
      di potong dan di masukkan ke dalam botol

      Padam
    2. Betul kak, madu Giant B ni kat Melaka. Siap ada muzium dia dekat mini malaysia Ayer keroh tu. Hehe.. Kat alamanda pun ada jugak jual. Eh.. tak perasan ada orang jawab dah kat bawah ni. Hehe

      Padam
  3. yer Hazmin,madu giant B ada kat Melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah pinatbate dah jawab..mesti dah gi ke tempat tu ek

      Padam
  4. Madu dengan sarang tu best...Madu yang macam choki2 tu pun sedap diamakn begitu saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu tak suka makan madu..tapi madu cameron ni sedaplah pulak

      Padam
  5. tak pernah lagi terasa ingin makan madu, macam cheese.. rasa dia pelik. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kalau kamu gi cameron..cuba kamu try madu kat situ ek

      Padam
  6. madu memang banyak khasiat kan kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fadilah..memang banyak khasiatnya

      Padam
  7. Ummi pun mengidam(haha..mengidam orang tua bukan orang pregnant) nak makan madu yang kat sarang dia sekali tu. Baru ni pergi zoo, ada juga tempat yang jual madu macam ni terus beli,dapat makan,baru puas hati, hikhik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ummi pregnant pun apa salahnya kan
      kalau makan madu yang baru memang sedaplah
      lain dari yang beli kat supermarket tu kan ummi

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers