OOO

Jumaat, Disember 28, 2012

Resepi Udang Sos Lada Hitam

Assalammualaikum
Dah petang baru leh update blog..dalam minggu ni ashik gi sekolah anak ajer..al maklumlah minggu depan sekolah dah nak buka.  

Semalam masa akak buat N3 pasal Top 10 Link Referrer Denaihati.com ada pulak mak/pak anon yang komen yang menyakitkan hati akak..menusuk hati sampai akak padam komen tu.  Ada hamba allah  tu pertikaikan hasil yang akak dapat tu halal ataupun haram di sebabkan akak pernah pos pasal Astro.  

Bersabarlah hati bila dapat komen yang menghiris hati dari manusia yang enggan memperkenalkan diri.  Akak bukan tak boleh terima komen tapi biarlah sebagai seorang yang pandai dalam halal haram ..dah tentulah hamba allah tu kuat agama kan..cuba tegur dengan menggunakan bahasa yang baik barulah orang tak terasa.  

Kalau nak berdakwah ataupun menegur biarlah perkenalkan diri barulah diri di hormati. Bila dah berblog ni barulah kita dapat tau ramai yang tak suka dengan blog kita.  Tak apalah..janji akak happy dahlah dan akak tau apa yang akak buat.
 
Udang masak apa sajer sedap kan...resepi mudah dan ringkas nak menyediakannya.

Bahan:
500 g udang sederhana besar
3 biji  bawang putih-tumbuk
1 sudu teh  garam
1 sudu makan jus limau nipis
minyak masak

Sos Lada Hitam:
1 sudu makan minyak jagung/sayur
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang bombay,hiris halus
1/2 biji bawang benggala merah-potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
 Sedikit air tepung jagung
2 sudu teh  lada hitam, tumbuk agak kasar
200 ml air
sedikit brokoli - potong kecil


Cara membuat:
  • Bersihkan udang, cuci bersih dan toskan.
  • Lumuri dengan bawang putih, garam dan air limau nipis. Diamkan selama 30 menit.
  • Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga agak kering. Toskan.
Sos Lada Hitam
  • Tumis bawang putih dan bawang bombay hingga layu.
  • Tambahkan bahan lainnya dan air. Didihkan.
  • Tuangi larutan tepung jagung, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan udang goreng dan brokoli,  didihkan sebentar. Angkat.
  • Sajikan panas-panas.

20 ulasan:

  1. fuhh..udang tu. gua memang suka makan udang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. udang kan sedap..harga pun meletup sekarang ni titan

      Padam
  2. sedapnya kak...tak pernah lg msk udang style nie,bolehlah cuba nnt:)

    BalasPadam
  3. my nuha hantu udang sebab ms mengandung asyikla makan udang tapi dia paling suka udang goreng kunyit ajer. senang kerja mak dia.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu eliss..klu malas pun akak buat cam kamu gak

      Padam
  4. Yer betul Udang masak apa pon sedap..nak nak udang besor besor ni..hihiii
    Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

    Blog Qashmere
    Take Care Sis

    BalasPadam
  5. Saya Saudara baru ni dkt blog ini....hepy bloggin =)

    http://dhanian.blogspot.com

    BalasPadam
  6. tahniah untuk jadi top tenreferer di denaihati...

    BalasPadam
  7. Lagi satu..pasal post ini.

    Makan resepi yang aku paling suka hehe

    udang..

    BalasPadam
  8. sedapnya.. Sop mmg pantang jumpa udang.. hehehe
    tahniah utk template baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sop. memang sedap masakan udang camni

      Padam
  9. sabarlah eh akak.
    mmg org ada je yg tak kena dgn kita smpi lupa nk jg bahasa dan kata-kata.
    yg penting akak happy kan heheh..

    yess..udang buat je apa pun mesti sedap :D

    BalasPadam
  10. alamak lezatnya kalau makan pakai ini pasti takkan cukup nasi sepiring sangat sedap nampaknya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...