OOO

Selasa, Disember 18, 2012

Nasi Lemak Halba

Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengomen pasal pertunangan anak lelaki akak hari Sabtu lepas.  Insyallah jika ada umur dan rezeki akak jemput pembaca blog akak yang sudi nak hadir  tapi lama lagi tau sebab ikat 1 tahun.  Tapi sekarang ni pejam celik..pejam celik dah setahun sebab terasa masa cepat sangat berlalu 

Akak pilih tarikh bulan disember tahun depan sebab Ira ambil periksa SPM 2013 dan Yana pula kena habiskan peperiksaan akhirnya dulu sebelum boleh bercuti lama di sini.  Tak bestlah kalau buat majlis perkawinan pertama kali kalau semua anak tak leh berkumpul.  Anak perempuan akak kata dah settle semua mereka bolehlah berjimba-jimba.
Pertamakali buat nasi lemak halba.  Selalunya akak guna halba bila masak kari ikan.  Nasi dagang pun guna halba gak kan. 


Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
4 cawan air
2 cawan santan
1 biji bawang besar-hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
1 sudu makan halba 
1 batang serai-ketuk hujung
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam
 
Bahan lain
telur
timun
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng

Cara-caranya

Rendam beras basmathi 20 minit.  
Masukkan semua bahan ke dalam periuk elektrik dan onkan suis.
Biarkan mendidih baru masukkan beras bamathi..kacau  dan masak seperti biasa.

Bila dah kering, kareh/kacau nasi dengan chopstick nak mengelakkan dari beras dari patah.  
Bolehlah di hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun
Bahan-bahan
  • 500 gm udang - buang kulit
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.
 

11 ulasan:

  1. nak ucap tahniah lagi kak akak, btmbh la lagi ank akak nti ye..btol tu dah alang2 abgnya nk ada mjls besar mjls ptama elok n molek lg semua dpt bkumpul bersama..

    akak nasik lmk halba? sodap ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tau love..bau pun wangi

      Padam
  2. akak tahniah ye bakal dapat menantu.....
    saya kalau masak nasik lemak memang biasa letak halba....sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih shiori

      ooo akak jarang buat camtu...buat sekali sekala ajer

      Padam
  3. lama x tinggalkan jejak kat sini....kak Ina sihat...sedappnyer nasi Lemak Halba tu...lapoorr nie kak...hehehehe

    BalasPadam
  4. sedapnya nasi lemak helba...kakak ofis selalu wat menu tu..

    BalasPadam
  5. saya lelaki, tapi saya teringin lah nak memasak macam kak ina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok per..skrg ni chef folofur semuanya lelaki kan..apa salahnya

      Padam
  6. Balasan
    1. salah satu herba masakan..cuba google kalau nak tenguk camner rupanya

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers