Akak pilih tarikh bulan disember tahun depan sebab Ira ambil periksa SPM 2013 dan Yana pula kena habiskan peperiksaan akhirnya dulu sebelum boleh bercuti lama di sini. Tak bestlah kalau buat majlis perkawinan pertama kali kalau semua anak tak leh berkumpul. Anak perempuan akak kata dah settle semua mereka bolehlah berjimba-jimba.
Pertamakali buat nasi lemak halba. Selalunya akak guna halba bila masak kari ikan. Nasi dagang pun guna halba gak kan.
Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
4 cawan air
2 cawan santan
1 biji bawang besar-hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
1 sudu makan halba
1 batang serai-ketuk hujung
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam
Bahan lain
telur
timun
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
Cara-caranya
Rendam beras basmathi 20 minit.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk elektrik dan onkan suis.
Biarkan mendidih baru masukkan beras bamathi..kacau dan masak seperti biasa.
Bila dah kering, kareh/kacau nasi dengan chopstick nak mengelakkan dari beras dari patah.
Bolehlah di hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun Bahan-bahan
- 500 gm udang - buang kulit
- 6-8 sudu makan cili kisar
- 5 biji bawang merah *
- 1 biji bawang besar*
- 4 biji bawang putih*
- sedikit belacan*
- 1 biji bawang besar-hiris bulat
- garam secukupnya
- air asam jawa secukupnya
- minyak untuk menumis
Cara Memasak
1. Kisar/tumbuk bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4. Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5. Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6. Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

