Jumaat, Disember 14, 2012

RESEPI KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Assalammualaikum semua

Akak pernah beli kek ni..harga boleh tahan.  Masa dulu resepi kek ni tak boleh di publish di blog sebab ramai yang menjual kek ni..ala macam juga durian crepe yang menjadi fenomena sekarang ni.  

Sape nak resepi rahsia kena gi kelas dan keluar wang dulu baru boleh jual. Akak pun dapat gak resepi rahsia kek  ini dan durian crepe ..demi menghormati permintaan empunya resepi akak tak publish kat blog.

Tapi sekarang ni resepi kek ni dah boleh jumpa kat banyak blog dah tak jadi secret recipe lagi dah.  Akak ambil resepi ni dari blog MamaFami

Bahan-bahan
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis - bergantung pada kemanisan yang di ingini
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
 Akak parut cheddar cheese terus atas kek..maaflah 
terlupa nak snap gambar bila siap di potong
Semua anak-anak sukanya..berbaloi membuatnya

47 ulasan:

  1. memang mahal kak..saya pernah beli tapi anak2 suka sangat! Terima kasih bagi resepi ni,boleh cuba!

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang sedap najihahfara..cubalah buat yer

      Padam
  3. Salam. Apa kabar?
    Ada tgk resepi ni, harap lepas ni boleh cuba. Ni baru buat kek coklat kukus- rasa? bolehlah..

    BalasPadam
  4. wah kek mahal ni kak, nk try..akak ovelet tu hape? dok g carik kat psrya xketemu pung...T_T ingt nk buat apam mekar akak tu tp xjumpe2 lg ovelet ni..uwaaaaa

    xtry tu cmne nk try yg ni plak..xbleyh jadik ni kak..tulon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat giant, C4 dan kedai bakeri ada jual..cuba google image klu nak tgk camner rupanya ovalette tu..warna dia kuninglah lina

      Padam
  5. Salam Kak Ina...

    Bahagian kita tak ada ke? Kek ni sangaaatlah sedap kan kak... dan untuk pengetahuan akak... inilah kali kedua kita buat kek ala ala sponge dan menjadi. Kalau tak, madang bantat je... sampai sifu nak suruh mandi bawah jambatan dah... nak bagi hilang badi bantat... ahahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulliah akak buat first time terus jadi..berkobar nak buat lagi tau

      Padam
  6. Adeehhhh.... kalau jumpa kek cheese gini memang lupa dunia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap tapi memang ternak lemak di badan lah amie

      Padam
  7. huukkk sedapnyaaa !! huaa mengidam kek cheese.. ade yg nak tolong buatkan x? huhu
    *hehe nak wat sniri xreti kang membazir je :D

    BalasPadam
  8. akak sedapnya...nak sepotong hihihi....

    p/s kat dalam peti ais ada sebuku cheese....nanti nak try...tapi cheddar takde lak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oklah tu..cuma labor lagi RM10.00 dah boleh buat shiori..untung tau

      Padam
  9. Sedapnya kak ina, sampai kecur air liur ni, telan je lah dulu, nanti insyaAllah ummi nak try juga buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap ummi..cubalah buat..memang berbaloi tau

      Padam
  10. ramai jgk yg dh cuba kan kak..kita salin respi dh lama..tp x terbuat2 lg..he hhhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak per salin resepi..nanti kalau dah ada virus R leh aa buat

      Padam
  11. Balasan
    1. memang mahal cikgu..kalau buat kira untung tapi kena rajinlah

      Padam
  12. Sdp ny,,bli pnye la mahl,,,tq shre resepi

    BalasPadam
  13. biasanya org jual kek ni berapa ringgit yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kamu google tgk brpa harga yang di letakkan oleh penjual online

      Padam
  14. akak klaw gna tatura cream cheese wpa gm erk nk try. .rug ny lw xtry. . .hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 bungkus 250gm..sama gak cam phil cream cheese

      Padam
    2. thanx akak. . :-)

      Padam
  15. salam..akk boleh x klo kukus??berapa lama ye nk kukus?mohon perjelasan..sy teringin nk buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak tak pernah kukus ..cuma bakar ajer

      Padam
  16. akak apa maksud buang 2 putihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma ambil semua 4 biji telur
      kemudian buang putih telur yang 2 biji lagi.
      ambik yang kuning ajer

      harap kamu faham yer

      Padam
  17. kak .. nak parut cheese (KRAFT ) tu mcm mana yerr?? hhee .. baru nak try buat nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak tenguk akak guna pemarut tu kamu leh tenguk kat N3 yang ni Adrinna Memey
      http://www.kakinakl.com/2013/09/sandwich-egg-filling-untuk-sarapan-pagi.html

      Padam
  18. Sis, yg air sejuk tu 50 gram? Ke 50 ml? X brapa nak fhm la. Hiuhiu

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. boleh melissa..sedap gak cam phil tu

      Padam
  20. kak ina saya nak bertanya kenapa kek saya jadi bantat..kek ni kena putar telur dengan gula dahulu ke atau masukkan semua bahan baru putar..kenapa kek saya jadi bantat..tolong saya..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kek saya pon jadi bantat jgk.. saya cuba 2 kaedah sama juga bantat. satu saya masukkan semua skali dan mix kecuali mentega last, cara kedua saya mixkan telur n gula dulu, tepung masuk asing tp bantat juga..x gebu. kenapa ek? boleh ajar atau bg tips x?

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...