OOO

Jumaat, Disember 14, 2012

RESEPI KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Assalammualaikum semua

Akak pernah beli kek ni..harga boleh tahan.  Masa dulu resepi kek ni tak boleh di publish di blog sebab ramai yang menjual kek ni..ala macam juga durian crepe yang menjadi fenomena sekarang ni.  

Sape nak resepi rahsia kena gi kelas dan keluar wang dulu baru boleh jual. Akak pun dapat gak resepi rahsia kek  ini dan durian crepe ..demi menghormati permintaan empunya resepi akak tak publish kat blog.

Tapi sekarang ni resepi kek ni dah boleh jumpa kat banyak blog dah tak jadi secret recipe lagi dah.  Akak ambil resepi ni dari blog MamaFami

Bahan-bahan
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis - bergantung pada kemanisan yang di ingini
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
 Akak parut cheddar cheese terus atas kek..maaflah 
terlupa nak snap gambar bila siap di potong
Semua anak-anak sukanya..berbaloi membuatnya

55 ulasan:

  1. memang mahal kak..saya pernah beli tapi anak2 suka sangat! Terima kasih bagi resepi ni,boleh cuba!

    BalasPadam
  2. Salam. Apa kabar?
    Ada tgk resepi ni, harap lepas ni boleh cuba. Ni baru buat kek coklat kukus- rasa? bolehlah..

    BalasPadam
  3. wah kek mahal ni kak, nk try..akak ovelet tu hape? dok g carik kat psrya xketemu pung...T_T ingt nk buat apam mekar akak tu tp xjumpe2 lg ovelet ni..uwaaaaa

    xtry tu cmne nk try yg ni plak..xbleyh jadik ni kak..tulon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat giant, C4 dan kedai bakeri ada jual..cuba google image klu nak tgk camner rupanya ovalette tu..warna dia kuninglah lina

      Padam
  4. Salam Kak Ina...

    Bahagian kita tak ada ke? Kek ni sangaaatlah sedap kan kak... dan untuk pengetahuan akak... inilah kali kedua kita buat kek ala ala sponge dan menjadi. Kalau tak, madang bantat je... sampai sifu nak suruh mandi bawah jambatan dah... nak bagi hilang badi bantat... ahahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulliah akak buat first time terus jadi..berkobar nak buat lagi tau

      Padam
  5. Adeehhhh.... kalau jumpa kek cheese gini memang lupa dunia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap tapi memang ternak lemak di badan lah amie

      Padam
  6. huukkk sedapnyaaa !! huaa mengidam kek cheese.. ade yg nak tolong buatkan x? huhu
    *hehe nak wat sniri xreti kang membazir je :D

    BalasPadam
  7. akak sedapnya...nak sepotong hihihi....

    p/s kat dalam peti ais ada sebuku cheese....nanti nak try...tapi cheddar takde lak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oklah tu..cuma labor lagi RM10.00 dah boleh buat shiori..untung tau

      Padam
  8. Sedapnya kak ina, sampai kecur air liur ni, telan je lah dulu, nanti insyaAllah ummi nak try juga buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap ummi..cubalah buat..memang berbaloi tau

      Padam
  9. ramai jgk yg dh cuba kan kak..kita salin respi dh lama..tp x terbuat2 lg..he hhhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak per salin resepi..nanti kalau dah ada virus R leh aa buat

      Padam
  10. Balasan
    1. memang mahal cikgu..kalau buat kira untung tapi kena rajinlah

      Padam
  11. Sdp ny,,bli pnye la mahl,,,tq shre resepi

    BalasPadam
  12. biasanya org jual kek ni berapa ringgit yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kamu google tgk brpa harga yang di letakkan oleh penjual online

      Padam
  13. akak klaw gna tatura cream cheese wpa gm erk nk try. .rug ny lw xtry. . .hehehe

    BalasPadam
  14. salam..akk boleh x klo kukus??berapa lama ye nk kukus?mohon perjelasan..sy teringin nk buat

    BalasPadam
  15. akak apa maksud buang 2 putihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma ambil semua 4 biji telur
      kemudian buang putih telur yang 2 biji lagi.
      ambik yang kuning ajer

      harap kamu faham yer

      Padam
  16. kak .. nak parut cheese (KRAFT ) tu mcm mana yerr?? hhee .. baru nak try buat nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak tenguk akak guna pemarut tu kamu leh tenguk kat N3 yang ni Adrinna Memey
      http://www.kakinakl.com/2013/09/sandwich-egg-filling-untuk-sarapan-pagi.html

      Padam
  17. Sis, yg air sejuk tu 50 gram? Ke 50 ml? X brapa nak fhm la. Hiuhiu

    BalasPadam
  18. kalau guna tantura cheese boleh ke?

    BalasPadam
  19. kak ina saya nak bertanya kenapa kek saya jadi bantat..kek ni kena putar telur dengan gula dahulu ke atau masukkan semua bahan baru putar..kenapa kek saya jadi bantat..tolong saya..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kek saya pon jadi bantat jgk.. saya cuba 2 kaedah sama juga bantat. satu saya masukkan semua skali dan mix kecuali mentega last, cara kedua saya mixkan telur n gula dulu, tepung masuk asing tp bantat juga..x gebu. kenapa ek? boleh ajar atau bg tips x?

      Padam
    2. bantat? memang itulah caranya. Memang masukkan semua bahan pastu baru masuk mentega cair. cuba google kenapa kek bantat. akak tak reti nak explain sebab tak pernah jadi, Maaflah yer

      Padam
    3. cuba baca tips ni yer widydib
      Proses Mengadun
      Sentiasa putar lemak dengan gula hingga gebu dan halus, jika tidak kek anda akan keras dan bantat. Begitu juga, putar telur hingga sebati dan masukkannya satu persatu. Sekiranya resepi menggunakan bahan kering dan cecair, masukkannya sedikit demi sedikit secara berselang-seli. Mulakan dengan tepung dan akhiri juga dengan tepung. Ini adalah untuk memastikan adunan sebati dengan sempurna.
      Bagi resepi yang menggunakan mentega cair seperti adunan untuk membuat kek span, anda disarakan mengadun dengan tangan. Proses yang paling penting ialah mengaup, iaitu untuk menentukan udara dapat diperangkap dengan cukup bagi menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Selain itu dengan menggunakan tangan, anda dapat memastikan dengan cara merasa bahawa mentega cair sudah betul-betul diadun dengan sebati.
      Sekiranya anda mengaup dengan spatula, pastikannya rapat ke dinding mangkuk pengadun, dibawa turun terus ke dasar dan diangkat keluar dalam gerakan gelung ke arah dinding mangkuk. Lakukan ini berulang kali dengan cermat hingga adunan sebati.
      Ingatlah perkara yang paling penting dalam proses mengadun - sentiasa lakukannya dalam satu arah sahaja. Jika tidak, anda akan merosakkan gelembung udara dan kek anda akan berat atau bantat.

      Padam
    4. Loyang Pembakar
      Gunakan loyang yang bersesuaian mengikut bentuk yang anda kehendaki. Sentiasa lenserkan lemak sayuran dan lapik loyang dengan kertas minyak atau kertas kalis minyak (parchment paper) sebelum menuang adunan ke dalamnya.
      Isi adunan 2/3 atau 3/4 penuh. Setelah diisi, hentak loyang bagi membebaskan udara yang terperangkap di dalamnya. Memadai dengan menghentak perlahan sahaja sebanyak 2 kali.

      Persediaan Membakar
      Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu, sekurang-kurang 12-20 minit sebelum membakar. Buka pintu ketuhar 2 minit sebelum kek dibakar. Pastikan anda membiasakan diri dengan ketuhar yabg terdapat di dapur anda. Patuhi peraturan penggunaan seperti yang disyorkan oleh pengilang. Pandai-pandailah bermain api, kerana lain ketuhar lain ragamnya.
      Posisi yang paling elok untuk diletakkan loyang pembakar ialah di rak yang kedua (tengah), tetapi jika anda mahu menggunakan dua lapisan rak, sesuaikan kedudukannya agar tidak bertindanan. Bubuh loyang di rak tengah terkedepan sedikit, manakala yang di rak bawah, biar terkebelakang sedikit. Jangan sekali-kali letak loyang terlalu hampir dengan dinding ketuhar.

      Padam
    5. Memastikan Kek Sudah Masak
      Ujii kek dalam tempoh membakar yang paling minimum, iaitu dengan menggunakan lidi atau alat penguji kek. Cucuk lidi di tengah kek dan cabut keluar. Sekiranya lidi bersih, tanda kek sudah masak, tetapi jika lidi diselaputi sisa kek, maknanya kek perlu dibakar lagi.
      Sejukkan kek mentega 10 minit di atas redai sebelum dikeluarkan dari loyang. Bagaimana pun kek span harus dikeluarkan terus dari loyang sebaik-baik sahaja masak. Jika tidak, ia akan menyusut atau mengecut.

      Padam
  20. saya pun nak cuba.anak pun suka.

    BalasPadam
  21. Mmg mabeles laaa akak..ahahah first time sy buat kek smlm..makan smpai jilat pinggan penangan cheese meleleh ..hihih mekaseh kak..Senang-senang jempot laa singgah blog sukasuki saya..hihih

    http://missgeek.blogspot.com/2014/07/snow-cheese-cake.html#more

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulliah dapat hasil yang memuaskan.

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...